"Kau berdakwah tapi kau tak buat."
"Kau tapi kau bermaksiat."
"Kau berdakwah tapi kau sendiri yang sesat."
Itulah kata-kata yang kerap diterima oleh aku setiap kali berdepan dengan mereka di luar sana. Mereka belum faham dunia dakwah & tarbiyah ni.
"Aku pun manusia biasa."
Bila nampak orang berdakwah, jangan pernah pandang dia seperti malaikat. Kerana kami juga punya nafsu & sering dibisik syaitan.
"Kalau tunggu orang yang sempurna berdakwah, sampai kiamat pun dakwah takkan tersebar!"
Itu pula jawapan aku bila dihentam oleh mereka. Aku fikir semua itu betul.
Macam biasa, aku teruskan rutin harian aku. Buka Whatsapp, Wechat, Facebook & lain-lain lagi untuk post benda-benda Islamik. Berdakwah la katakan.
Tapi aku rasa sedikit gusar dengan tindakanku. Sebelum aku menjejakkan kaki ke dalam dunia alam maya ni. Aku tak pernah mengharapkan apa-apa pujian, likes serta followers. Bagi aku cukuplah ilmu itu tersebar luas tanpa diketahui akarnya.
Tapi dengan cara share status bagai, nama aku terus-terusan naik di mata manusia. Semua tu membuatkan aku bangga dengan diri aku sendiri.
"Hebatnya enti."
"Awak ni mesti dari keluarga yang alim kan?"
"Ana inginkan seorang zaujah seperti enti."
Pujian yang tinggi melangit membuatkan aku berada di awang-awangan. Sekiranya aku jatuh ke dasar, pasti kesakitannya tidak mampu aku gambarkan.
Semakin lama aku meneruskan agenda aku itu untuk mendapatkan pujian. Malah pujaan manusia. Hati aku semakin terasa sesak & resah. Bagaikan ada sesuatu yang tersekat lalu menghimpit segala perasaan. Hingga aku sendiri tidak mampu untuk mentafsirkannya.
"Enti sihat?"
Soal sahabatku yang baru pulang dari pondok di Kelantan beberapa hari yang lepas.
"Alhamdulillah. Macam ni jelah."
"Semalam ana stalk Facebook enti."
Katanya kepadaku. Aku hanya mampu mengukirkan sebuah senyuman. Walaupun nampak agak palsu ketika itu.
"Enti hebat ye sekarang ni. MashaAllah. Ana bangga dapat kenal dengan enti."
Aku tertunduk. Hati aku seakan melonjak tetapi imanku terasa semakin pudar. Tanpa disangka air mataku berlinangan lantas dikesat.
"Eh, enti okay?"
Aku hanya membisu tanpa kata. Diam.
"Ana faham enti."
Aku terkedu. Betulkah dia betul-betul faham apa yang aku rasa? Aku bermonolog sendiri. Aku memandang tepat pada matanya.
"Ana faham. Dulu ana pun buat macam apa yang enti lakukan ni."
Air mataku kembali menitis di pipi. Tapi kali ini air mata itu dibiarkan mengalir.
"Ana ada beribu-ribu friends di Facebook. Setiap status ana dapat beratus-ratus likes."
Aku tertunduk membiarkan air mata menitis ke tanah. Supaya menjadi saksi penyesalanku pada hari itu.
"Ana dapat banyak pujian. Ramai lelaki sukakan ana. Mereka kata ana sesuai untuk dijadikan zaujah mereka."
Dia meneruskan lagi ceritanya. Serupa. Betul-betul sama dengan jalan dakwahku.
"Tapi."
Dia terhenti. Aku memandangnya. Fokus dengan setiap bait-bait kata yang akan keluar dari mulutnya.
Selang beberapa saat dia juga turut mengalirkan air matanya. Allah.
"Tapi ana tak pernah tenang dengan semua tu. Ana sedar. Ana sampaikan dakwah tapi solat ana tunggang-langgang. Ana tak taat dengan mak & ayah ana. Ana berkasar dengan adik-beradik ana."
Dia mula teresak-esak. Dia tertunduk. Mukanya merah padam. Aku cuba meredakan perasaannya.
"Lagi?"
Aku tertanya-tanya. Tertarik akan kisah hidupnya.
"Ana terlalu mengejar dunia walaupun kelakuan ana seolah-olah untuk akhirat. Ana berdosa sebab ana tak buat apa yang ana sebarkan."
Dalam esaknya, dia meneruskan kata-kata.
Aku & dia sama-sama menangis. Menyesali perlakuan DAKWAH DALAM MAKSIAT kami selama ini. Barulah aku tahu, dia membawa dirinya ke pondok untuk mencari identitinya sebagai seorang pendakwah yang sebenar.
-WanitaTanpaWajah-
YOU ARE READING
Mari Berubah..
AcakBerubah lah untuk ke arah kebaikan wahai umat manusia.. Sesungguhnya peluang untuk berubah masih ada.