Group....

22 0 0
                                    

Assalamualaikum... 
Kali ini saya akan berkongsi 11 SYARAT PERLU YANG DIPATUHI JIKA INGIN SESEBUAH GROUP ITU KEKAL LAMA.

1.  Sebaik-baiknya didahului ucapan salam serta doa.

2.  Jawablah salam tersebut walaupun cuma seorang saja yang mampu mnjawabnya.

3.  Kirimlah apa saja artikel agar group tidak terlalu sunyi seperti artikel yang lucu untuk menghiburkan atau artikel yang berguna sebagai ilmu pengetahuan. Semua itu sebagai sedekah jariah kita.

4. Semua ahli biar sama-sama aktif. Tapi bersederhana dalam segala hal.

5.  Sesekali tunjukkan suasana tempat kita dan apa aktiviti kita, untuk lebih merapatkan silaturahim.

6.  Saling bertanya khabar berita.

7.  JANGAN mngirim sesuatu artikel, imej atau video dengan NIAT untuk menyindir atau memerli seseorang dalam group.

8.  Jika berlaku suasana yang tegang di dalam group, maka wajib seseorang cuba damaikan dan redakan ketegangan itu.

9.  Jika berlaku sesuatu yg perkara yg melukakan hati kita, jangan cepat-cepat Left Group atau marah. Cuba bersabar demi mengekalkan silaturahim.

10. Saling memaafkan dan jangan berdendam kerana Allah swt.

11. Bila terima sesuatu artikel/info, berilah respon jika perlu seperti komen atau ucapan terima kasih tanda kuta menghargai usaha orang trsebut menyampaikn berita untuk kita.

Sekian terima kasih...
Waallahhualam..

Mari Berubah..Where stories live. Discover now