6 Sebab Perlu Berjaya...

87 6 0
                                    

❇1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

❇2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

❇3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

❇5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita...

Waallahhualam..

Mari Berubah..Where stories live. Discover now