Sahabat....

28 0 0
                                    

Buat renungan perigi rohaniah kita..
Inn Sha Allah

~Tanpa kehadiran seorang rakan, kawan, sahabat mahupun teman pastilah hidup ini sepi dan sunyi. 

~Tipulah bagi sesiapa yang merasakan dirinya tidak perlukan sahabat? Dan merasa boleh hidup tanpa sahabat.

~Kerana seorang sahabat yang hadir di sisi, sangat memberi kesan dalam kehidupan kita samada secara langsung atau tidak langsung, samada sedar atau tidak, sedikit sebanyak seseorang sahabat yang hadir itu akan mencorakkan peribadi dan sifat kita juga.

♥˚˙Apa itu ‘Ukhuwwah Fillah’??

~Ungkapan ‘Ukhuwah Fillah’ sememangnya sangat besar dan mendalam maknanya. Ia bukan bermaksud sebuah persahabatan yang biasa, malah lebih dari itu.

~‘Bersaudara kerana Allah…’

~Persaudaraan di sini bermaksud kita mempertautkan hati dan roh insaniah dengan ikatan akidah. Ikatan akidah ini merupakan ikatan yang paling kukuh dan berharga.

~Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.” 
(Al-Hujurat:10)

~Ukhuwah dalam islam merupakan jalinan akidah yang mempertautkan umat Islam antara satu sama lain.

~ Ia merupakan ikatan rabbani yang mengikat antara hati mereka dan merupakan jalinan sebuah persaudaraan yang erat untuk taqarrub kepada Allah.

~Di situ telah jelas niat dan asbab utama kita berhubung, bersahabat dan berteman dengannya, hanya semata kerana ALLAH…

~Dengan ikatan rohiah ini juga, maka persaudaraan antara orang-orang mukmin sentiasa kukuh dan teguh dalam bersatu serta berjuang dalam menegakkan deen-Nya.

~Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Orang mukmin terhadap orang mukmin umpama satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.”

~Kerana Inginkan Redha-NYA

~Jika kita menyoal lagi, KENAPA harus kerana ALLAH??

~Hanya ada satu sebab.
Apabila dengan kita bersahabat kerana-NYA, maka seikhlas hati dan sepenuh jiwa kita sandarkan kerana inginkan REDHA ALLAH. 

~Kita tidak akan berpura-pura, berlakon, mahupun mementingkan diri sendiri dalam bersahabat dengannya kerana matlamat telah jelas hanya kerana ILAHI bukan semata-mata kerana kepentingan duniawi…

~Jika bukan berpaksikan kerana Ilahi, maka jaminan diberi...tidak mungkin akan kekal lama hubungan tersebut malah akan menjadi hambar, pudar dan musnah jua akhirnya.

~Lihatlah contoh.
Jika bersahabat kerana harta, bila harta itu habis maka diangkat kaki meninggalkan kawannya.

~Jika bersahabat kerana kepandaiannya semata-mata, maka kita akan mempersalahkannya bila dia buntu tiada jawapan.

~Jika berteman kerana kemasyhurannya, maka kita akan berpaling ke belakang dan mencemuhnya bila dia hilang popularitinya. Begitulah andai semuanya kerana kebendaan dunia semata-mata, persahabatan itu tidak mungkin akan bertahan lama.

~Persahabatan yang diwarnai dengan warna-warna keikhlasan dan kejujuran adalah persahabatan yang sangat suci perhubungannya.
Tiada kepentingan diri dan tiada di dalam hati untuk mengaut kepentingan diri atau apa-apa yang bersifat duniawi.

~Sebagaimana Umar
Al-Khattab ada berkata:

~“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur. Hiduplah dalam lingkungan mereka kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah" 

~Persaudaraan dalam Islam sememangnya sangat cantik kerana dibina atas keikhlasan kerana Allah, saling berkasih sayang, membantu di kala susah, setia menemani serta sehati dan sejiwa di atas jalan-Nya.

~Meskipun fikrah berbeza, sifat dan sikap berlainan, namun mereka berukhuwah atas dasar satu matlamat yang sama.

~Semuanya kerana inginkan redha ALLAH semata-mata.
Dan satu impian murni yang ingin digapai. Dengan keredhaanNya kepada ukhuwah yang bersemi ingin sekali dibawa hubungan ini kekal abadi hingga ke SYURGA. 
Inn Sha Allah
...
ُ
آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن

Mari Berubah..Where stories live. Discover now