Kebaikan Memakan Sayur

25 1 1
                                    

Assalammualaikum. Entry kali ni khas untuk kanak-kanak atau sesiapa saja yang tak suka makan sayur..

1. Membantu proses menurunkan berat badan
- Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan.
- Ia membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
- Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.

2. Mencantikkan kulit
- Mengekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut.
- Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis.
- Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia.

3. Membina dan memperbaiki tulang
- Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat.
- Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis.
- Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama.
- Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang.

4. Memastikan sistem imun kuat
- Sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia.
- Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

5. Menangani masalah kesihatan
- Selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat.
- Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi

6. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
- Seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
- Kandungan serat, fitonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.

7. Kaya dengan sumber protein dan mineral
- Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi vitamin C dan serat.
- Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.

8. Baik untuk Kanak-kanak
- Baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pemangkin ketahan badan).
- Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.

9. Membatu untuk lebih Tenang
- Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran.
- Contohnya, daun salad yang mengandungi karotin, serat dan air dapat membantu melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.

10. Penawar Semulajadi
- Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkoloid.
- Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan.
- Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat penyakit batuk.

Sekian terima kasih..
Waallahhualam... ❤

Mari Berubah..Where stories live. Discover now