Penyelesaian Dalam Ikhtilat....

48 3 0
                                    

Dakwah berlainan jantina?

Awalnya saya nak tanya. Dakwah sesama jantina dah settle belum? Berapa ramai dah kita jadi asbab kawan sejantina kita berubah dan ikut tarbiah dan dakwah? Kalau dakwah sesama jantina pun tak settle, buat apa nak sibuk-sibuk nak dakwah jantina lain? Sometime, sembang-sembang atas alasan dakwah kononnya, padahal time sembang, gelak-gelak, senyum-senyum, pandang-pandang, gurau senda dan lain-lain. Apakah ini?

Kalau bab dakwah ni, yang saya nak tekankan adalah isu yang memerlukan "meeting" atau mesyuarat. Ulama' berpendapat, tiada masalah untuk mengadakan meeting andai ia betul-betul penting. Tetap ada syaratnya. Kalau tak patuhi syarat, macam yang ana hurai kat atas tadi, hukumnya kembali HARAM.Syaratnya ialah:

1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius

2. menahan pandangan

3. menghindari berjabat tangan

4. mengenakan pakaian yg menepati syari'at (tutup aurat sempurna)

5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan

6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:

a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai

b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan

c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..

7. tidak terlalu lama dan berulang

8. menghindari tempat yg mencurigai

9. menjauhi perbuatan dosa

Syarat khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda

2. berjalan dengan sopan dan tertib

3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda

4. tidak memakai parfum/pewangi

5. serius dlm berbicara

Persoalannya, sejauh mana kita patuhi syarat ni? Fikir-fikirkan.

*****
Sometime, kita jadi keliru, bila kita menurut sangat nafsu kita dengan nak membenarkan dosa kita. Ingat, ikut nilaian syarak. Bukan akal dan apa yang kita suka.

Ada orang kata, orang yang ikut tarbiah ni SYADID sangat bab ikhtilat ni. Saya jawab simple:

"Hari ini, orang yang mengamalkan agama mengikut syarak di anggap syadid. Orang yang melonggarkan agama di anggap benar..."

Mari Berubah..Where stories live. Discover now