Ikhtilat adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. saya rasa semua tahu.
a)Hukum
Hukum asal ikhtilat adalah HARAM. Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:-Darurat
-Hajat
-DakwahCerita bab hukumnya, semua benda yang hukum asalnya HARAM, amat perlu di telitikan. Contoh mudah, makan babi. Hukum asal haram. Harus andai dalam keadaan darurat. Maka ketika itu, boleh makan babi CUKUP hanya untuk menghilangkan darurat. Andai lebih-lebih, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu HARAM.
Begitu juga dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DARURAT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Kadang2 doktor lelaki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doktor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang tak ada kena mengena, maka HARAM.
Kalau untuk HAJAT, contoh ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau dah mula sembang kosong yang tak ada kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda asal, HARAM.
Kalau untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya? Nanti kita masuk.
b)Kenapa ikhtilat HARAM?
Kerana ia menghampiri zina. Simple. Dosa yang besar bermula dari dosa yang kecil. Ramai orang yang mati dengan nyamuk aedes berbanding kena makan buaya. Ramai orang yang hancur akibat dosa kecil berbanding dosa besar. Segala perkara haram, dan perkara yang membuatkan kita akan terjebak untuk melakukan perkara haram, maka hukumnya juga haram!
Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram..
YOU ARE READING
Mari Berubah..
RandomBerubah lah untuk ke arah kebaikan wahai umat manusia.. Sesungguhnya peluang untuk berubah masih ada.