Sejak malam itu, Seo Hyun menjauhkan dirinya daripada Joo Hwan. Entah kenapa dia dapat merasakan Joo Hwan tidak akan pernah melepaskan dirinya.
"Seo Hyun, ada bungkusan untuk awak. Unnie letak dekat meja makan." Ujar Tae Yeon apabila dia terlihat Seo Hyun yang baru turun sebelum menyambung menonton tv.
"Okay Unnie. Gumawo." Ucap Seo Hyun sebelum berlalu ke meja makan.
Dia membelek kotak yang berbalut rapi itu dengan satu perasaan aneh. Dia cuba mencari nama pengirim namun yang ada hanyalah namanya sahaja.
Dengan perasaan yang berdebar, dia membuka perlahan kotak tersebut. Dia merasakan jantungnya seolah-olah berhenti berdegup sebelum satu jeritan keluar dari mulutnya.
"Wae Seo Hyun ah?" tanya Tae Yeon cemas menghampiri adiknya yang ketakutan.
Wajahnya turut berubah saat melihat ke dalam kotak yang diterima oleh Seo Hyun. Tangannya terketar saat dia cuba mengambil gambar Seo Hyun yang turut berada di dalam kotak.
Kau milik aku selamanya!
"Taengoo ah~ siapa yang buat awak macam ni?" Rintih Seo Hyun mengusap perlahan tubuh kucingnya yang kaku dengan penuh kasih.
"Seo Hyun ah, cuba awak tengok ni." Ujar Tae Yeon menunjukkan gambar yang diconteng kepada Seo Hyun.
Wajah Seo Hyun terpapar seribu ketakutan sebaik memandang gambar yang sedang dipegang oleh kakaknya sebelum dia terduduk dikerusi.
"Cuba awak cakap dengan Unnie siapa yang sanggup buat awak macam ni?" Tanya Tae Yeon mengusap belakang tubuh adiknya yang sedang menangis ketakutan. Dia turut merasakan ketakutan adiknya apabila melihat kandungan kotak yang diterima sebentar tadi.
"Unnie, saya takut." Ucap Seo Hyun terketar memandang wajah Unnienya.
Tae Yeon memeluk adiknya erat dengan harapan ketakutan yang dirasakan Seo Hyun akan hilang. Dia meleraikan pelukannya dan memandang wajah Seo Hyun yang penuh dengan kesan airmata.
"Seo Hyun, Unnie tau awak kuat. Awak mampu hadapi semua ni. Tapi awak perlu buat laporan polis pasal hal ni. Amaran pertama dah teruk macam ni. Entah lepas ni mungkin lagi teruk. Dan tolong bagitau pada Yong Hwa sekali." Ujar Tae Yeon penuh kerisauan.
"Unnie, ini bukan kali pertama saya dapat ugutan macam ni." Tutur Seo Hyun satu persatu.
"Maksud awak?" Tanya Tae Yeon memandang pelik wajah adiknya.
Seo Hyun bangun dan naik ke biliknya sebelum dia turun bersama sebuah kotak sederhana besar dan meletakkan kotak tersebut ke atas meja.
"Ini semuanya ugutan yang saya terima." Ujar Seo Hyun mengosongkan isi kotak yang dibawanya. Tae Yeon hanya mampu memandang surat-surat yang berselerakan di atas meja dengan perasaan terkejut.
"Dah banyak macam ni pun awak masih diamkan aje? Kenapa tak bagitau Unnie? Yong Hwa tau tak pasal surat ni semua?" Tanya Tae Yeon bertalu-talu dengan perasaan risau.
"Saya tak tau nak buat apa. Saya takut sangat. Sebab tu saya tak bagitau Unnie ataupun Yong Hwa." Jawab Seo Hyun. Dia hanya mampu memandang wajah Unnienya yang kerisauan dengan perasaan bersalah.
"Awak tau siapa yang buat semua ni?" Tanya Tae Yeon lagi.
Satu keluhan berat dilepaskan Seo Hyun sebelum menjawab pertanyaan Tae Yeon.
"Joo Hwan." Jawab Seo Hyun perlahan namun masih didengari oleh Tae Yeon.
"Kita pergi balai sekarang." Ajak Tae Yeon membuatkan adiknya tersentak.
"Tak. Saya tak nak buat laporan." Balas Seo Hyun mengejutkan kakaknya.
"Awak nak tunggu sampai dia buat lagi teruk dari ni ke? Ini demi keselamatan awak. Unnie tak kira. Kita pergi balai sekarang jugak." Ajak Tae Yeon sambil tangannya ligat memasukkan kembali surat-surat yang ada di atas meja untuk dibawa ke balai polis sebagai bukti. Seo Hyun hanya mampu mengeluh melihat apa yang sedang dilakukan oleh kakaknya.
'Maaf Joo Hwan. Saya terpaksa buat macam ni demi keselamatan saya.' Bisik hati Seo Hyun.
******
"Berani kau buat aku macam ni?! Kau belum kenal aku siapa Seo Hyun! Aku akan pastikan kau jadi milik aku walaupun itu bermakna aku harus membunuh sesiapa yang halang aku!" Jerit Joo Hwan menatap gambar Seo Hyun yang sedang tersenyum sebelum dia mengoyakkan gambar itu.
Hatinya terasa bagai disiat-siat saat mengetahui gadis pujaannya membuat laporan polis serta memohon larangan mendekati dirinya dari mahkamah.
Joo Hwan tersenyum kecil saat dia merencanakan rancangan untuk mendapatkan gadis yang telah mencabar egonya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Obses (Completed)
Hayran KurguCinta atau obses? "Apa kurangnya aku untuk kau?" - Joo Hwan "Kau hanya kawan." - Seohyun Apabila cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan bertukar menjadi obses, akan ada nyawa jadi taruhan demi untuk memiliki apa yang dirasakan miliknya.