Bab 8

262 8 0
                                    

                  

Seo Hyun berjalan ke arah tempat duduk Yoona yang terletak selang beberapa kubikel dari tempatnya dengan perasaan sedih. Dia merenung kerusi yang sering diduduki Yoona sebelum duduk dan meletakkan bunga mawar yang dibawanya di atas meja.

'Maafkan saya Yoona. Sepatutnya saya bagitahu awak pasal Joo Hwan. Maafkan saya.' Bisik Seo Hyun dengan deraian airmata yang semakin deras. Lalu dia meletakkan kepalanya ke atas meja dan menangis semahunya.

"Seo Hyun." Panggil Yuri lembut membuatkan dia mengangkat kepalanya dan memandang Yuri sebelum mengesat sisa airmata yang masih mengalir.

"Yuri Unnie!" Ujar Seo Hyun sebelum bangun dan memeluk tubuh Yuri erat. Yuri mengusap kepala Seo Hyun untuk menenangkannya.

"Dahlah tu. Jangan menangis lagi. Yoona mesti tak nak tengok awak menangis sebab dia." Pujuk Yuri meleraikan pelukan Seo Hyun dan mengesat airmata yang jatuh dipipi Seo Hyun.

"Semuanya salah saya unnie! Salah saya!" Ucap Seo Hyun menyalahkan dirinya atas kematian Yoona.

"Ini semua takdir, Seo Hyun. Bukannya salah awak." Pujuk Yuri lagi cuba meredakan perasaan Seo Hyun yang sedang berdiri dihadapannya.

Seo Hyun diam mendengar kata-kata seniornya. Dia melepaskan satu keluhan berat.

"Seo Hyun, bos suruh awak balik dan tenangkan fikiran awak dulu. Lagipun cuti awak masih ada lagi seminggu kan? Baliklah. Okay?" Ujar Yuri perlahan. Dia mengusap belakang tubuh Seo Hyun sambil mengiringinya ke lif.

Seo Hyun hanya mengangguk perlahan sebagai respon. Fikirannya kacau dan jiwanya dipenuhi perasaan serba salah dengan kematian Yoona. Lalu dengan langkah lesu dia masuk ke dalam lif dan sempat melambaikan tangannya ke arah Yuri yang berdiri dihadapannya sebelum pintu lif tertutup.

'Kring! Kring!'

Deringan telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangan mengejutkan Seo Hyun yang sedang mengelamun di pintu lobi. Pantas dia mengambilnya dan melihat siapa yang menelefon sebelum menjawabnya.

"Erm Yong Hwa. Ada apa?" Tanya Seo Hyun lemah sebaik menjawab panggilan kekasihnya.

"Awak dekat mana?" Tanya Yong Hwa kembali tanpa menjawab soalan Seo Hyun.

"Saya baru keluar dari office. Dah nak balik ni. Kenapa awak?" Tanya Seo Hyun lagi sambil berjalan ke kereta miliknya.

"Saya ada perkara penting nak bagitau awak." Balas Yong Hwa dengan nada serius membuatkan Seo Hyun merasa pelik.

"Awak datang rumah saya." Cadang Seo Hyun sambil menutup pintu keretanya sebelum mematikan talian.

Sebaik sahaja dia memasukkan kunci ke dalam pencucuh kunci, dia dikejutkan dengan satu suara yang amat dikenalinya.

'Joo Hwan?!' Bisik hati Seo Hyun saat dia memandang cermin pandang belakang. Belum sempat dia berkata-kata, Joo Hwan pantas menekup mulutnya menggunakan kain yang diletak klorofom dan membuatkan dia tidak sedarkan diri.

******

"Seo Hyun! Seo Hyun! Bangunlah!" Panggil satu suara yang amat dikenalinya.

Seo Hyun membuka matanya yang terasa berat dengan perlahan-lahan. Pandangannya samar-samar kali pertama dia membuka mata sebelum dia mengelipkan matanya beberapa kali.

Kelihatan sekujur tubuh terbaring tidak jauh daripada kakinya. Dia cuba mengecam siapa yang sedang terbaring dengan badan dipenuhi darah kering ditubuh itu.

"Unnieeee!!!" Jerit Seo Hyun setelah menyedari siapa yang sedang terbaring itu. Airmatanya mengalir perlahan melihat tubuh kakaknya yang dipenuhi darah kering terbaring tidak bermaya.

Obses (Completed)Where stories live. Discover now