Bab 9

252 7 0
                                    

                  

Seo Hyun tidak senang duduk menunggu diluar bilik kecemasan bersama Yong Hwa. Sekejap dia bangun, sekejap dia duduk. Hatinya berdoa agar kakaknya dapat diselamatkan.

"Seo Hyun, bertenanglah." Tegur Yong Hwa, sedikit rimas dengan perlakuan Seo Hyun.

Seo Hyun duduk disebelah Yong Hwa dan termenung mengenangkan nasib yang menimpanya. Airmata mengalir lagi membasahi pipinya.

Yong Hwa yang hanya memandang perlakuan Seo Hyun meraih tangan milik Seo Hyun dan menggenggamnya seerat mungkin seakan memberi kekuatan kepada gadis itu.

Setelah hampir 2 jam menunggu diluar bilik kecemasan, seorang doktor berpakaian serba hijau keluar dari pintu dengan wajah sugul dan mendekati mereka.

"Ahli keluarga Cik Tae Yeon ke?" Tanya doktor itu perlahan selepas membuka topeng mulut yang dipakainya.

"Iya doktor. Macam mana dengan kakak saya?" Tanya Seo Hyun ingin tahu. Dia merasakan bahunya dipeluk oleh Yong Hwa.

"Maafkan kami. Kami dah cuba sedaya upaya kami untuk selamatkan mangsa. Mangsa kehilangan terlalu banyak darah. Maafkan kami." Ucap doktor itu dengan nada simpati sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua.

Seo Hyun terduduk mendengar kata-kata yang didengarnya daripada mulut doktor. Airmata yang sudah kering kembali menitis dan semakin lama semakin deras. Kepalanya dirasakan berat dan dia rasakan sekelilingnya seakan berputar terlalu laju sebelum segalanya menjadi gelap.

"Seo Hyun!" Panggil Yong Hwa apabila dia menyedari Seo Hyun tidak sedarkan diri. Dia menggoncang tubuh Seo Hyun beberapa kali untuk menyedarkannya, namun hampa.

*****

"Unnie!" Jerit Seo Hyun tersedar dari mimpi ngeri dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Awak dah sedar." Ucap Yong Hwa dalam keadaan separuh sedar. Tidurnya terganggu dengan jeritan Seo Hyun.

"Saya dekat mana ni?" Tanya Seo Hyun sambil memegang kepalanya yang sakit.

"Dekat hospital. Awak pengsan tadi." Balas Yong Hwa mengesat matanya sebelum meraup wajahnya yang kepenatan.

"Pengsan? Apa jadi sebenarnya? Tae Yeon unnie mana? Dia masih outstation lagi ke?"  Tanya Seo Hyun memandang wajah kekasihnya dengan perasaan pelik.

Yong Hwa terdiam mendengar pertanyaan demi pertanyaan yang dilemparkan oleh Seo Hyun. Lantas dia bangun dan keluar meninggalkan Seo Hyun terpinga-pinga untuk memanggil doktor.

"Nampaknya dia mengalami trauma yang teruk sehingga membuatkan dia kehilangan memorinya tentang kejadian-kejadian yang berlaku pada dia. Saya nasihatkan jangan beritahu dia tentang kematian kakaknya kerana ini akan menyebabkan keadaannya menjadi semakin teruk. Kalau boleh, bawak dia jauh dari sini untuk sementara waktu." Terang doktor panjang lebar kepada Yong Hwa membuatkan dia bersimpati pada Seo Hyun.

Yong Hwa berjalan menuju ke bilik wad yang menempatkan Seo Hyun dengan perasaan berat. Dia buntu memikirkan alasan apa yang akan diberitahunya kepada Seo Hyun tentang ketiadaan kakaknya.

Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya bersama keluhan sebaik tiba dihadapan pintu wad. Tangannya menggeletar saat mencapai tombol pintu untuk dibuka.

"Awak dah balik. Doktor kata apa?" Tanya Seo Hyun sebaik terlihat kelibat Yong Hwa.

"Ermm doktor kata awak stress sangat tu yang pengsan. Lagi satu doktor suruh saya bawak awak bercuti." Balas Yong Hwa lancar membohongi kekasihnya.

"Owh... Ada doktor cakap bila saya boleh balik?" Tanya Seo Hyun lagi dengan wajah penuh harapan.

"Doktor kata mungkin esok petang atau lusa." Jawab Yong Hwa membetulkan cadar yang berkedut dihujungnya sebelum duduk disisi Seo Hyun.

Wajah Seo Hyun yang pucat di renung dengan perasaan bercampur baur. Lantas tangannya mengusap lembut rambut Seo Hyun yang panjang itu dan menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

'Maafkan saya Seo Hyun sebab terpaksa merahsiakan segalanya daripada awak.' Bisik hati Yong Hwa merasa bersalah terhadap Seo Hyun.

"Seo Hyun, saya balik dulu. Saya kena uruskan pengebumian saudara saya. Lepas majlis pengebumian tu nanti saya datang temankan awak. Okay?" Ujar Yong Hwa bangun dari duduknya dan mencapai barang miliknya di atas kerusi.

"Okay. Sampaikan salam takziah saya pada keluarga awak."  Ucap Seo Hyun dengan senyuman ikhlas diwajahnya. Dia melambaikan tangannya pada Yong Hwa sebelum kelibat jejaka itu hilang di balik pintu.

Obses (Completed)Where stories live. Discover now