Bab 7

277 9 0
                                    

"Kita kena balik! Hari ni jugak." Ujar Seo Hyun resah dan cemas dengan situasi yang terjadi.

"Sabar Seo Hyun. Awak kena bertenang. Cuba awak cerita dekat saya apa sebenarnya yang jadi." Pinta Yong Hwa cuba menenangkan Seo Hyun yang sudah tidak senang duduk.

"Awak ingat tak hari saya jadi takut tiba-tiba? Yoona tunjuk pada saya gambar lelaki yang dia minat." Jelas Seo Hyun memandang wajah kekasihnya.

"Jadi, apa kena-mengena gambar lelaki tu dengan awak jadi takut?" Tanya Yong Hwa masih tidak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh Seo Hyun.

"Gambar yang dia tunjuk pada saya tu gambar Joo Hwan. Mungkin sebab saya Yoona mati!" Ucap Seo Hyun kesal. Dia terduduk dibirai katil dengan perasaan bersalah.

"Jangan fikir macam tu. Bukan salah awak. Perkara dah nak jadi." Pujuk Yong Hwa lembut.

"Tolonglah awak. Kita kena balik hari ni jugak. Saya risau kalau Joo Hwan apa-apakan Unnie." Ajak Seo Hyun separuh merayu. Yong Hwa meraih jemari Seo Hyun cuba menenangkannya.

"Okay. Kita balik sekarang jugak." Ujar Yong Hwa membuatkan hati Seo Hyun sedikit lega.

Seo Hyun bingkas bangun dan mengemas barang-barang miliknya sementara Yong Hwa turut balik ke biliknya untuk mengemas.

*****

Tae Yeon sedang khusyuk menonton berita dan perkembangan mengenai pembunuhan Yoona apabila panggilan telefon mengejutkannya.

"Unnie, saya dengan Yong Hwa balik Korea hari ni. Unnie jaga diri." Ujar Seo Hyn sebelum sempat dia berkata apa-apa.

"Jangan risau. Awak tu jangan stress sangat." Pesan Tae Yeon sebelum mematikan talian dan menonton semula berita. Tanpa dia sedar, dia terlelap disofa.

Tae Yeon terjaga dari lenanya apabila terdengar bunyi loceng dibunyikan. Pantas dia bangun dan berjalan ke arah pintu dalam keadaan yang masih mamai.

"Iya, cari siapa?" Tanya Tae Yeon sebaik membuka pintu dan dihadapannya satu susuk tubuh seorang lelaki sedang membelakangkannya.

Lelaki itu memusingkan badannya menghadap Tae Yeon dengan satu senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Joo Hwan?!" Ucap Tae Yeon terkejut dengan kehadiran Joo Hwan. Belum sempat dia berkata-kata, dia merasakan tubuhnya seperti terkena renjatan elektrik dan perkara terakhir yang dilihatnya sebelum pengsan adalah senyuman sinis dan penuh makna yang diukir dibibir Joo Hwan.

****

Joo Hwan memandang gadis yang masih tidak sedarkan diri itu dengan senyuman jahat sebelum menyimbah air ke muka gadis itu untuk membangunkannya.

"Haa! Saya kat mana ni?" Tanya Tae Yeon sebaik tersedar daripada pengsan. Lehernya masih terasa kebas akibat renjatan yang dikenakan oleh Joo Hwan.

"Bagus kau dah sedar." Ujar Joo Hwan sambil meletakkan baldi yang dipegangnya ke lantai. Dia berjalan menghampiri Tae Yeon.

"Apalagi yang kau nak Joo Hwan? Tak cukup lagi ke selama ni kau takutkan Seo Hyun?" Tanya Tae Yeon masih dalam keadaan lemah.

Joo Hwan ketawa mendengar pertanyaan Tae Yeon yang dirasakan kelakar dipendengarannya. Dia merapatkan wajahnya pada wajah Tae Yeon dengan pandangan marah.

"Kau tanya apa aku nak?! Selagi aku tak dapat memiliki dia, selagi tu aku akan kacau hidup dia. Dia milik aku dan tak ada sesiapa berhak rampas dia daripada aku." Balas Joo Hwan.

"Kau ni gila! Dia takkan pernah jadi milik kau! Kau ni memang gila!" Jerit Tae Yeon sambil meronta membuatkan Joo Hwan berang. Dia menarik rambut Tae Yeon sebelum berkata-kata.

"Memang aku gila! Semuanya sebab Seo Hyun!" Ujar Joo Hwan berserta ketawa yang kuat sebelum melepaskan rambut Tae Yeon yang ditariknya.

Dia menarik kasar tubuh Tae Yeon yang kecil itu turun ke bilik bawah tanah rumah yang didiami oleh Tae Yeon dan Seo Hyun sebelum mencampakkan gadis itu dan keluar meninggalkannya di situ.

****

Seo Hyun pantas berjalan menuju ke pintu sebaik sahaja teksi yang dinaikinya berhenti dan dia menekan loceng berulang kali.

"Unnie! Unnie!" Panggil Seo Hyun sambil mengetuk pintu rumahnya yang berkunci.

"Awak tak ada kunci?" Tanya Yong Hwa memandang wajah Seo Hyun yang risau.

"Saya tak bawak kunci." Balas Seo Hyun masih lagi menekan loceng dengan harapan kakaknya akan datang dan membuka pintu. Namun usahanya sia-sia.

"Sekejap. Rasanya kunci ada dekat bawah lapik pasu." Ujar Seo Hyun mencari-cari kunci yang disorokkan.

Dia pantas membuka pintu rumah dengan kunci yang dijumpainya di bawah lapik pasu di tepi pintu.

"Unnie! Unnie! Tae Yeon Unnie!" Jerit Seo Hyun memanggil nama kakaknya. Namun, tiada tanda-tanda kakaknya ada di dalam rumah.

"Mana pulak Unnie ni pergi?" Bisik Seo Hyun sambil duduk di sofa manakala Yong Hwa membawa beg Seo Hyun masuk sebelum duduk disebelah Seo Hyun.

"Awak dah cuba call Tae Yeon?" Tanya Yong Hwa lembut cuba menenangkan kekasihnya.

"Dah. Tapi masuk voicemail." Ujar Seo Hyun menunjukkan handfonnya. Kedengaran suara operator yang menjawab panggilannya.

Sedang Seo Hyun dan Yong Hwa berfikir ke mana hilangnya Tae Yeon, telefon bimbit Seo Hyun berbunyi menandakan ada mesej yang diterimanya.

'Unnie outstation. Tak sempat nak bagitau awak. Tc. xoxo' - Tae Yeon

Seo Hyun membaca mesej yang diterimanya. Hatinya sedikit lega apabila menerima pesanan kakaknya. Dia memandang Yong Hwa yang terlena disebelah.

****

"Lepaskan aku!" Tae Yeon cuba menjerit namun mulutnya telah dilekat dengan pita pelekat membuatkan dia hanya mampu menggumam kata-katanya.

Dia memandang sekeliling dan mendapati bilik yang menjadi kurungannya berbeza. Bilik ini dipenuhi dengan gambar-gambar adiknya yang dia pasti diambil secara senyap.

Dia melepaskan keluhan dan berputus asa untuk terus mencuba melepaskan dirinya dan hanya mampu pasrah dengan apa yang akan dilakukan oleh Joo Hwan.

"Baguslah kau dah sedar." Ucap Joo Hwan dengan nada sinia sambil berpeluk tubuh di sudut bilik. Matanya merenung wajah Tae Yeon yang lesu tanpa apa-apa perasaan.

Tae Yeon cuba berkata-kata namun cubaannya itu hanya membuatkan Joo Hwan ketawa. Lantas Joo Hwan mendekati gadis yang bertubuh kecil itu sebelum menarik pita pelekat yang dilekatkan dimulut Tae Yeon.

"Kau takkan pernah miliki Seo Hyun!" Jerit Tae Yeon membuatkan Joo Hwan berang. Satu tamparan kuat hinggap dipipinya menyebabkan bibirnya berdarah.

"Dia akan jadi milik aku!" Tengking Joo Hwan membuatkan Tae Yeon tersenyum sinis sambil menjilat darah dibibirnya.

"Kau ingat dengan apa yang kau buat ni dia akan jadi milik kau?! Kau silap Joo Hwan! Kau silap!" Jerit Tae Yeon berserta dengan ketawa yang kuat membuatkan Joo Hwan bertambah berang.

Pisau yang disisipkan di pinggangnya diambil dan dia menikam perlahan tubuh Tae Yeon berserta senyuman saat dia mendengar rintihan yang keluar dari mulut gadis itu.

"Kau akan terima balasannya Joo Hwan." Ucap Tae Yeon perlahan sebelum kembali tidak sedarkan diri akibat tikaman yang diterimanya.

Obses (Completed)Where stories live. Discover now