Bab 2

393 16 0
                                        

"Hai Seo Hyun." Sapa Joo Hwan mengejutkan gadis yang sedang duduk membaca buku dibangku taman.

"Oh, hai Joo Hwan. Awak buat apa dekat sini?" Tanya Seo Hyun sambil menanggalkan kacamatanya.

"Saya saja jalan-jalan. Khusyuk awak baca buku sampai tak hiraukan orang." Ujar Joo Hwan tersenyum manis sambil duduk disebelah gadis pujaannya.

Seo Hyun hanya tersenyum mendengar kata-kata Joo Hwan sebelum dia merenung langit dengan pandangan kosong.

"Seo Hyun, awak free tak malam ni? Saya ingat nak ajak awak keluar dengan saya. Itupun kalau awak sudi." Ajak Joo Hwan, malu.

"Okay. Boleh jugak." Balas Seo Hyun sambil menghadiahkan satu senyuman pada jejaka disebelahnya.

Joo Hwan tersenyum gembira mendengarkan jawapan Seo Hyun. Hatinya dirasakan begitu berbunga dapat keluar bersama gadis kesukaannya.

*******

3 bulan kemudian

Saya nak jumpa awak malam ni kat tempat biasa-Joo Hwan

Seo Hyun hanya membaca pesanan Joo Hwan dengan perasaan kosong. Dia meneruskan pembacaannya yang tergendala.

Malam

"Maaf Seo Hyun sebab lambat. Saya ada hal tadi." Ucap Joo Hwan sedikit mengah sebelum duduk dihadapan Seo Hyun.

"Tak apalah. Yang penting awak dah sampai." Balas Seo Hyun memandang wajah Joo Hwan yang kepenatan.

"Jom." Ajak Joo Hwan tersenyum sebelum berdiri.

"Pergi mana?" Tanya Seo Hyun pelik dengan ajakan Joo Hwan.

"Saya nak bawak awak pergi satu tempat. Tapi sebelum tu saya nak singgah dekat rumah sekejap. Ada barang tertinggal pulak." Jelas Joo Hwan membuatkan Seo Hyun sedikit terpinga sebelum dia menuruti langkah Joo Hwan menuju ke kereta.

***********

"Masuklah Seo Hyun." Jemput Joo Hwan sambil menuju ke dapur.

Seo Hyun berjalan menuju ke ruang tamu sambil memandang setiap sudut rumah Joo Hwan dengan rasa kagum.

"Cantik rumah awak." Ujar Seo Hyun melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Thanks. Nah, minumlah." Ujar Joo Hwan meletakkan dua gelas berisi air oren ke atas meja kaca dihadapan mereka sebelum berlalu ke biliknya.

Seo Hyun mengambil gelas tadi dan menghirup sedikit air oren yang terisi sambil matanya masih meliar melihat dekorasi ruang tamu rumah Joo Hwan. Dia bangun dan menuju ke arah sebuah lukisan yang tergantung di dinding.

"Awak suka melukis ke?" Tanya Seo Hyun berdiri dihadapan lukisan seorang gadis cantik.

"Yup. Saya melukis waktu saya free je. Awak nak tengok lukisan saya yang lain tak?" Balas Joo Hwan keluar dari biliknya bersama sebuah kotak kecil berwarna hitam dalam tangannya.

"Boleh ke? Itupun kalau awak tak kisah nak tunjuk pada saya." Jawab Seo Hyun tersenyum manis pada Joo Hwan.

"Jomlah. Saya tak kisah pun tunjuk pada awak." Ujar Joo Hwan sebelum berlalu ke sebuah bilik yang terletak dihujung koridor yang menempatkan 3 buah bilik.

Seo Hyun menuruti langkah Joo Hwan sambil matanya memandang lukisan-lukisan yang tergantung di dinding sepanjang laluan mereka dengan perasaan kagum dan juga pelik.

"Masuklah." Ajak Joo Hwan tersenyum girang.

Seo Hyun memandang bilik yang dipenuhi lukisan wajah seorang gadis mirip wajahnya dengan perasaan bercampur baur sebaik sahaja dia melangkah masuk.

"Macam mana? Cantik tak?" Tanya Joo Hwan mengejutkan Seo Hyun.

"Err, cantik. Siapa gadis yang awak lukis ni?" Tanya Seo Hyun menunjuk ke arah lukisan yang ada.

"Cantikkan? Dialah gadis yang paling saya cintai. Dia jugak gadis yang paling cantik pernah saya jumpa." Ujar Joo Hwan sambil berjalan merapati Seo Hyun.

"Awak nak buat apa ni?" Tanya Seo Hyun kaget apabila melihat Joo Hwan semakin hampir dengannya sebelum dia berundur sedikit demi sedikit, cuba menjauhi Joo Hwan sebelum langkahnya terhenti apabila dia terlanggar rak yang menempatkan album gambar.

Sebuah album terjatuh dan membuatkan Joo Hwan menghentikan langkahnya. Seo Hyun yang turut terkejut memandang gambar-gambar yang terkeluar dari album tadi sebelum dia mengutipnya. Wajahnya yang putih bertukar pucat saat melihat gambar-gambar yang dipegangnya.

"Apa semua ni Joo Hwan?" Tanya Seo Hyun sambil menunjukkan sekeping gambar yang memaparkan dirinya sedang khusyuk membaca di taman.

Joo Hwan hanya diam memandang wajah gadis kesayangannya yang sedang marah. Dia mengutip baki gambar yang terjatuh di lantai dan memandang gambar itu dengan penuh rasa cinta.

"Saya tanya awak apa semua ni? Kenapa awak ada gambar saya sampai banyak macam ni?" Tanya Sei Hyun lagi cuba mendapatkan penjelasan.

"Saya cintakan awak. Terlalu cinta. Saya tau, awak pun cintakan saya kan?" Ujar Joo Hwan membuatkan Seo Hyun ketakutan.

"Tak! Saya tak cintakan awak! Saya hanya anggap awak sebagai kawan je. Tak lebih dari tu." Balas Seo Hyun terketar akibat takut.

Joo Hwan menumbuk rak yang berada di belakang Seo Hyun, cuba melepaskan amarahnya sebaik sahaja dia mendengar kata-kata Seo Hyun.

"Saya takkan lepaskan awak macam tu je. Awak milik saya. Selamanya. Awak faham tak?!" Tengking Joo Hwan sambil mencengkam kedua belah bahu Seo Hyun menyebabkan gadis itu menjerit.

"Lepaskan saya! Saya bukan milik awak atau sesiapa. Lepaskan saya!" Ronta Seo Hyun cuba meleraikan cengkaman tangan Joo Hwan dibahunya. Tanpa dia sedar dia menampar pipi Joo Hwan.

Joo Hwan memegang pipinya yang terasa kebas dan kesempatan ini diambil Seo Hyun untuk keluar meninggalkan rumah Joo Hwan.


Obses (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang