Bab 1

664 16 0
                                    


"Jagi-ya~ bangun. Kita dah sampai." Ucap Yong Hwa sambil menggoncang perlahan bahu isterinya.

"Ermmm, dah sampai dah?" Tanya Seo Hyun sambil mengesat matanya.

"Dah. Jom turun. Banyak barang nak kena kemas ni." Ujar Yong Hwa sebelum turun meninggalkan Seo Hyun yang masih mamai.

Seo Hyun memandang rumah dua tingkat yang kelihatan usang tersergam dihadapannya dengan pandangan pelik.

"Yeobo~ betul ke kita tinggal dekat sini? Saya rasa tak sedap hatilah." Ujar Seo Hyun memeluk lengan suaminya.

"Betullah. Kenapa? Jagi tak suka ke?" Tanya Yong Hwa.

"Bukan tak suka. Tapi rasa tak sedap hati je bila tengok rumah ni." Jawab Seo Hyun memandang wajah suaminya.

"Tak ada apalah. Mungkin awak tak biasa lagi dengan tempat baru. Tu yang rasa semacam." Balas Yong Hwa menepuk lembut tangan isterinya yang melekap kemas dilengan sambil tersenyum.

"Mungkinlah kot." Bisik Seo Hyun perlahan.

"Jomlah. Cepat kita kemas, cepat kita dapat rehat." Ajak Yong Hwa sebelum meleraikan pelukan Seo Hyun dan berlalu masuk ke dalam rumah.

***********

"Ah~ habis jugak akhirnya kita kemas." Ucap Yong Hwa sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa empuk di ruang tamu.

Seo Hyun hanya tersenyum memandang wajah suaminya yang kepenatan. Dia bangun dan menuju ke dapur untuk membuat minuman.

"Jagi~malam ni kita nak makan apa?" Jerit Yong Hwa.

"Saya ingat nak masak spaghetti. Yeobo okay ke?" Tanya Seo Hyun kembali.

Namun suaminya tidak menjawab pertanyaannya dan ini membuatkan Seo Hyun resah. Tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan dia menjerit ketakutan memanggil suaminya.

"Yeobo! Yeobo! Jung Yong Hwa!" Jerit Seo Hyun sambil tangannya meraba laci cuba mencari lampu suluh.

'Mana pulak lampu suluh ni?' Bisik Seo Hyun cemas.

Dia meraba lagi namun masih tidak menjumpai barang yang dicari. Dia terduduk ke lantai, berputus asa untuk terus mencari.

"Yeobo! Mana awak pergi ni?" Jerit Seo Hyun dengan suara serak. Airmatanya mengalir akibat ketakutan.

"Seo Hyun ah~" Seo Hyun yang sedang ketakutan terkejut mendengar suara memanggil namanya.

"Yeobo, awak ke tu?" Tanya Seo Hyun cuba mendapatkan kepastian. Namun tiada jawapan dan dia terdengar lagi suara memanggil namanya.

Dia mengumpul keberanian dengan menggenggam erat jemarinya sebelum bangun dan cuba mencari dari mana datangnya suara yang memanggil namanya.

Sedang dia teraba di dalam gelap, dia seakan dapat melihat satu susuk tubuh sedang duduk di sofa.

"Yeobo? Awak ke tu?" Tanya Seo Hyun sambil berjalan ke arah sofa.

Entah mengapa hatinya jadi semakin tidak keruan apabila dia semakin hampir dengan susuk tubuh tadi.

"Yeobo?" Panggil Seo Hyun, menepuk bahu susuk itu, namun tiada reaksi. Dia menggoncang tubuh yang kaku itu sedikit kuat.

"Yeobo!!" Jerit Seo Hyun apabila tubuh suaminya jatuh ke lantai. Dia terduduk akibat terkejut sebelum bangun dan bergerak mendekati suaminya.

"Yeobo! Yeobo!" Panggil Seo Hyun sebaik sahaja dia memangku kepala suaminya. Airmata tidak berhenti mengalir apabila suaminya tidak memberikan sebarang reaksi. Dia mengusap pipi suaminya dengan harapan suaminya akan sedar.

"Yeobo~ bangunlah. Jangan takutkan saya." Ucap Seo Hyun, memeluk tubuh Yong Hwa erat.

"Jagi, lari!" Bisik Yong Hwa separuh sedar. Namun Seo Hyun hanya terpaku mendengar kata-kata suaminya.

"Arghhh!!" Yong Hwa mengerang kesakitan apabila dia cuba bergerak. Tiba-tiba bekalan elektrik kembali ada dan Seo Hyun terkejut apabila melihat keadaan suaminya yang parah.

"Yeobo!" Panggil Seo Hyun apabila tangannya menyentuh dada suaminya yang dilumuri darah.

"Jagi,lari. Sekarang!" Ujar Yong Hwa lagi.

"Tak. Saya takkan pergi." Balas Seo Hyun. Dia mencapai handfonnya yang terletak diatas meja dan mendail nombor kecemasan.

"Pergi! Sekarang! Demi saya." Ucap Yong Hwa tersekat-sekat cuba menahan sakit. Dia memegang tangan isterinya erat.

"Tapi... Yeobo..." kata-kata Seo Hyun terhenti apabila dia merasakan seperti ada seseorang berdiri di belakangnya. Lalu dia menoleh dan melihat seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri sambil memegang kayu besbol.

"Awak ni sia...." belum sempat Seo Hyun menghabiskan kata-katanya, lelaki itu menghayunkan kayu tersebut ke kepalanya dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

*********

Seo Hyun cuba membuka matanya namun dirasakan begitu berat sekali. Dia gagahkan juga untuk membuka matanya.

"Yeobo?" Panggil Seo Hyun perlahan.

Dia memandang segenap ruang tamu rumahnya cuba mencari di mana suaminya berada. Dia cuba menggerakkan kedua belah tangan dan juga tubuhnya namun dirasakan tidak mampu.

"Yeobo?!" Panggil Seo Hyun lagi apabila dia sudah dapat melihat dengan jelas tubuh suaminya terbaring kaku.

Dia berusaha sedaya upayanya cuba bergerak merapati Yong Hwa yang tidak memberikan sebarang respon. Tangannya terketar cuba memegang tangan suaminya.

"Yeobo, bangunlah. Jangan tinggalkan saya. Yeobo! Yeobo!" Kejut Seo Hyun menggoncang keras tangan Yong Hwa yang sudah tidak bernyawa.

"Seo Hyun ah~ awak dah bangun?" Ujar lelaki yang tidak dikenali itu sambil dia bertinggung di sisi Seo Hyun dan juga Yong Hwa.

Seo Hyun hanya mampu memandang wajah lelaki itu dengan perasaan benci.

"Kesian, dia dah mati. Akhirnya!" Ucap lelaki itu disertai ketawa puas.

"Kau siapa? Apa yang kau nak sebenarnya?" Tanya Seo Hyun masih memandang wajah lelaki itu.

"Kau tanya aku siapa? Takkan kau dah lupa siapa aku, jagi?" Tanya lelaki itu dengan senyuman sinis tanpa menjawab soalan Seo Hyun.

Wajah Seo Hyun bertukar pucat sebaik sahaja melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Airmata ketakutan merembes keluar saat matanya bertembung dengan mata lelaki itu.

"Kau dah ingat siapa aku?" Tanya lelaki itu apabila melihat reaksi Seo Hyun disertai dengan ketawa yang kuat.

"Joo Hwan?! Kau nak apa daripada aku?!" Tanya Seo Hyun separuh menjerit.

"Aku nak kau! Kan aku dah cakap aku takkan lepaskan kau! Kau milik aku!" Jerit Joo Hwan, marah.

Obses (Completed)Where stories live. Discover now