Bab 5

339 11 0
                                        


"Kesian saya tengok dia. Tak pernah dia rasa takut macam ni." Ucap Tae Yeon memandang wajah adiknya yang sedang tidur. Jelas kelihatan riak takut diwajahnya biarpun dia sedang tidur.

Yong Hwa turut memandang wajah kekasihnya dengan pandangan simpati. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Apa kata awak bawak dia bercuti Yong Hwa? Bawak dia ke mana saja dia nak janji jauh daripada sini." Cadang Tae Yeon mengejutkan Yong Hwa yang sedang berfikir.

"Okay jugak idea tu. Nanti saya tanyakan pada dia. Saya mintak diri dulu. Esok saya datang lagi." Pinta Yong Hwa sebelum berlalu meninggalkan Tae Yeon sendirian.

******

"Selamat pagi Unnie." Ucap Seo Hyun dengan suara serak sebaik dia melangkah ke dapur.

"Selamat pagi. Macam mana tidur semalam? Lena tak?" Tanya Tae Yeon meletakkan sepinggan roti bakar dihadapan Seo Hyun.

"Tak berapa nak lena. Unnie tak kerja hari ni?" Tanya Seo Hyun sambil menggigit sekeping roti bakar yang telah disapu jem.

"Unnie kerja tengahari. Tapi sekejap lagi Unnie nak pergi beli barang. Awak nak ikut?" Tanya Tae Yeon duduk setentang dengan adiknya. Dia menghirup jus oren sebelum mencapai sekeping roti.

"Tak apalah Unnie. Yong Hwa telefon tadi. Dia kata nak datang. Unnie pergilah ek." Balas Seo Hyun menghabiskan baki roti yang ada.

"Okay. Kalau ada apa-apa yang tak kena, just call me or Yong Hwa. Unnie terus gerak pergi kerja nanti. Have a good rest. Bye." Ujar Tae Yeon sebelum bangun dan mencapai begnya dan dia sempat menghadiahkan satu ciuman di pipi adiknya sebelum keluar meninggalkan rumah.

Seo Hyun hanya tersenyum mendengar nasihat Unnienya sebelum dia bangun dan mengemas meja. Dia bergerak menuju ke biliknya usai sahaja membasuh pinggan untuk mandi.

*****

"Seo Hyun ah~ awak ada nak pergi mana-mana tak? Maksud saya tempat yang paling awak nak pergi." Tanya Yong Hwa sambil matanya tidak lepas memandang wajah Seo Hyun yang sedang duduk dihadapannya.

"Tempat yang paling saya nak pergi? Hurmmmm ah! Saya teringin sangat nak pergi Australia." Jawab Seo Hyun dengan wajah teruja. Dia membayangkan dirinya sedang bermain-main dengan beruang koala dan ini membuatkan dia tersenyum.

"Australia? Okay." Balas Yong Hwa dengan senyuman. Seo Hyun memandang wajah jejaka dihadapannya dengan pandangan pelik.

"Apa maksud awak 'okay'?" Tanya Seo Hyun.

"Owh... Saya dah apply cuti untuk awak selama dua minggu dan saya akan bawak awak bercuti ke Australia. Okay?" Jawab Yong Hwa masih lagi tersenyum.

Seo Hyun memandang Yong Hwa dengan wajah terkejut. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Serta-merta dia menakup mulutnya akibat terkejut.

"Seriously?! Awak tak main-main kan?" Tanya Seo Hyun masih lagi sukar untuk mempercayai kata-kata Yong Hwa.

"Betul. Saya serius ni. Lusa kita bertolak." Jawab Yong Hwa tersenyum memandang wajah Seo Hyun yang putih.

"God! Thank you so much sebab buat semua ni untuk saya." Ucap Seo Hyun bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh Yong Hwa untuk dirinya. Lalu dia meraih jari jemari Yong Hwa dan menggenggamnya erat.

"Saya sanggup buat apa saja untuk awak asalkan awak bahagia." Balas Yong Hwa semula sambil mengeratkan lagi genggaman tangannya.

*****

Yoona menanti kedatangan jejaka yang diminatinya dengan penuh sabar. Sesekali dia melirik jam ditangan kirinya dan memandang ke arah pintu.

"Maaf Yoona. Saya ada hal sikit tadi." Ucap seorang lelaki sebaik sahaja dia mendekati Yoona.

"Tak apa Joo Hwan. Saya pun baru sampai." Balas Yoona tersenyum melihat jejaka yang sedang duduk dihadapannya.

"Ada hal apa ni awak nak jumpa saya? Macam penting aje." Tanya Joo Hwan memandang wajah Yoona.

"Sebenarnya... Haish, macam mana ek nak bagitau awak? Saya... sebenarnya..." kata-kata Yoona terhenti apabila dia merasakan jantungnya seakan ingin meletup akibat gemuruh.

"Ha??" Joo Hwan memandang wajah Yoona yang kemerahan akibat malu dengan penuh tanda tanya. Yoona melepaskan keluhan dan cuba mengawal rasa gemuruhnya sebelum menyambung semula apa yang ingin dikatakannya.

"Saya sukakan awak. Bukan. Saya rasa saya dah jatuh cinta pada awak." Tutur Yoona jelas. Dia menundukkan kepalanya kerana malu untuk menatap wajah Joo Hwan.

"Yoona." Panggil Joo Hwan lembut membuatkan Yoona memandangnya.

Mata mereka bertembung dan Joo Hwan menghadiahkan satu senyuman kepada Yoona. Dia bangun dan duduk disebelah gadis itu sebelum meraih jari jemari Yoona ke dalam genggamannya.

"Saya rasa gembira sangat sebab awak pun rasa apa yang saya rasa. Selama ni saya takut nak bagitau awak yang saya cintakan awak. Saya takut awak tak terima saya." Ujar Joo Hwan mengejutkan Yoona.

Serta-merta satu senyuman terukir dibibir Yoona saat mendengar pengakuan yang dibuat oleh Joo Hwan. Airmata gembira mengalir dipipinya dan diseka oleh Joo Hwan.

*****

"Unnie, jaga diri ye." Pesan Seo Hyun meleraikan pelukannya.

"Awak jangan bimbangkan Unnie. Awak tu jaga diri. Jangan risaukan apa-apa yang kat sini. Just have fun and relax. Okay?" Pesan Tae Yeon menepuk bahu adiknya. Seo Hyun mengangguk sambil tersenyum mendengar pesanan kakaknya.

Dia dan Yong Hwa berjalan menuju ke balai berlepas sebaik sahaja pengumuman mengenai penerbangan mereka dibuat. Entah kenapa dia merasakan hatinya begitu berat untuk meninggalkan bumi Korea. 'Ish, mainan perasaan je ni.' Bisik hati Seo Hyun cuba menyedapkan hatinya.


Obses (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang