Bab 4

321 9 0
                                    

Seo Hyun sedang berdiri dihadapan kaunter menunggu minuman yang dipesannya siap sambil membelek handfonnya sebelum dia berlalu ke sebuah meja dan duduk menunggu disitu. Satu senyuman terukir saat dia membaca mesej yang diterimanya dari Yong Hwa.

"Satu Caramel Macchiato siap." Jerit sang barista mengejutkan Seo Hyun dan dia terkocoh-kocoh bangun menuju ke kaunter.

"Terima kasih dik." Ucap Seo Hyun setelah cawan kertas berisi minumannya bertukar tangan. Dia berlalu ke pintu dan hampir sahaja airnya tumpah akibat terlanggar seorang lelaki yang tergesa-gesa masuk ke dalam kafe.

'Nasib baik tak tumpah.' Bisik Seo Hyun bergegas menuju ke tempat kerjanya yang terletak hanya beberapa blok setelah melirik jam ditangan kirinya yang menunjukkan lagi 30 minit ke jam 8.

"Selamat pagi Seo Hyun." Sapa Yoona berserta satu senyuman manis sebaik sahaja dia ternampak kelibat Seo Hyun.

"Pagi. Awal sampai hari ni?" Tanya Seo Hyun setelah menyapa Yoona kembali.

"Biasa je lah. Mana ada awal." Balas Yoona sambil mengemas fail-fail yang ada diatas mejanya.

Mereka meneruskan kerja dengan penuh fokus. Tanpa sedar, jam menunjukkan hampir jam 5 petang.

"Eh Seo Hyun, aku balik dulu tau. Ada hal sikit." Ujar Yoona mengemas barangnya masuk ke dalam tas tangan.

"Ada date ke?" Tanya Seo Hyun mengusik sahabatnya.

"Taklah. Mana ada. Okaylah. Aku dah lambat ni. Bye!" Ucap Yoona sebelum tergesa-gesa berlari anak menuju ke lif. Seo Hyun hanya tersenyum melihat telatah kawan baiknya itu.

********

"Saya dah balik." Ucap Seo Hyun menanggalkan kasutnya.

"Lambat balik hari ni. Keluar dengan Yong Hwa ke?" Tanya Tae Yeon sebaik sahaja adiknya duduk disebelahnya yang sedang menonton tv.

"A'a. Pergi makan je." Balas Seo Hyun.

"Seo Hyun, unnie nak tanya awak ni." Ujar Tae Yeon sebelum memandang wajah adiknya.

"Apa dia?" Tanya Seo Hyun pelik dengan sikap kakaknya.

"Joo Hwan masih hantar ugutan pada awak?" Tanya Tae Yeon kembali membuatkan Seo Hyun termenung seketika.

"Tak ada dah sejak kita buat report 2 bulan lepas. Kenapa Unnie?" Tanya Seo Hyun kembali.

"Tak ada apa. Unnie saja tanya. Harapnya dia dah berubahlah." Ucap Tae Yeon separuh lega sebelum kembali menumpukan perhatiannya pada tv.

'Harap-haraplah' bisik hati Seo Hyun sebelum bangun dan menuju ke biliknya ditingkat atas.

********

"Seo Hyun, tengahari ni lunch dengan aku. Ada benda aku nak cakap dengan kau." Ucap Yoona sebaik sahaja dia terlihat kelibat Seo Hyun di tempatnya.

Seo Hyun hanya mengangguk sebagai jawapan sebelum kembali menyambung kerjanya yang tergendala.

Tengahari

"Apa benda yang kau nak cakap dengan aku ni? Macam penting sangat je." Tanya Seo Hyun sebelum menyumbat sekeping deobokki ke dalam mulutnya.

"Tak adalah penting sangat pun. Saja aku nak makan dengan kau. Dah lama tak lepak sama-sama." Balas Yoona sambil tersengih.

"Ceh, aku ingatkan apalah yang penting sangat." Ujar Seo Hyun tersenyum dengan jawapan sahabatnya.

Sedang mereka seronok berbual, telefon bimbit Yoona berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Pantas Yoona membukanya dan dia tersenyum membaca mesej itu.

"Ha, yang kau tersengih macam kerang busuk ni dah kenapa? Pakwe mesejlah tu." Tegur Seo Hyun melihat telatah kawannya.

"Bukan pakwelah. Pasal ni lah aku nak cakap dengan kau." Ujar Yoona menyumbat sekeping daging bakar ke dalam mulut.

"Cepatlah cakap. Aku excited ni nak dengar." Balas Seo Hyun teruja.

"Aku ada kenal sorang mamat ni time aku lepak kat taman bulan lepas. Mamat ni handsome, tinggi. Memang type yang aku sukalah. Aku rasa aku dah jatuh cinta dekat dia." Ujar Yoona malu-malu.

"Kalau kau betul-betul cinta mati dengan dia, kau bagitau ajelah kat dia. Mana tau dia pun sama macam kau." Nasihat Seo Hyun cuba memberi galakkan kepada sahabatnya. Yoona hanya mengangguk sambil tersenyum mengiakan kata-kata Seo Hyun.

"Eh, tunjuklah aku gambar mamat yang kau cakap tu." Pinta Seo Hyun berserta sengihan.

Yoona membelek handfonnya sebelum menunjukkan gambar jejaka yang telah mencuri hatinya.

"Macam mana? Handsome kan?" Tanya Yoona tersenyum lebar.

Wajah Seo Hyun pucat sebaik sahaja dia melihat gambar yang ditunjukkan oleh Yoona. Tubuhnya serta-merta menggigil ketakutan.

"Seo Hyun, kau okay tak ni?" Tanya Yoona apabila dia menyedari kelakuan Seo Hyun.

"Aku... aku o... okay." Balas Seo Hyun tergagap-gagap cuba menahan takut.

"Kau tak okay ni. Cuba kau bagitau aku kenapa." Ujar Yoona merapati Seo Hyun dan dia mengusap bahu sahabatnya cuba menenangkan Seo Hyun.

"Aku tak okay. Aku nak balik." Tutur Seo Hyun terketar sambil mencapai beg tangannya dan cuba untuk bangun sebelum Yoona menarik tangannya untuk duduk semula.

"Aku call Yong Hwa untuk ambik kau. Sekejap." Ujar Yoona mendail nombor Yong Hwa.

Setelah 20 minit menunggu, akhirnya Yong Hwa muncul dengan wajah risau.

"Kenapa ni?" Tanya dia sebaik sahaja mendekati kekasihnya.

"Aku tak tau kenapa. Tiba-tiba dia jadi macam takut sangat." Jawab Yoona turut risau dengan keadaan Seo Hyun.

"Awak, dia datang balik. Saya takut." Ucap Seo Hyun bersama tangisan. Dia memeluk tubuh Yong Hwa erat seakan tidak mahu melepaskannya.

"Siapa? Cuba awak bagitau saya." Pujuk Yong Hwa mengusap lembut kepala Seo Hyun. Namun Seo Hyun hanya diam tidak menjawab pertanyaannya.

"Tak apalah. Saya bawak awak balik. Jom." Ujar Yong Hwa memimpin Seo Hyun keluar dari kedai.

"Hati-hati Seo Hyun. Nanti aku cakap dekat bos kau mc." Ucap Yoona melihat kelibat Seo Hyun dan Yong Hwa menghilang.

*****

"Kami dah balik." Laung Yong Hwa membuka kasutnya sebelum memimpin Seo Hyun ke ruang tamu.

"Eh, awalnya? Seo Hyun, kenapa ni?" Tanya Tae Yeon cemas melihat wajah adiknya yang pucat.

"Saya pun tak tau dia kenapa. Bila saya tanya, dia diam aje." Balas Yong Hwa masih risau dengan keadaan Seo Hyun.

Tae Yeon duduk disebelah adiknya dan dia merangkul tubuh Seo Hyun ke dalam pelukannya.

"Cuba bagitau Unnie kenapa muka awak pucat sampai macam ni sekali?" Tanya Tae Yeon lembut cuba memujuk adiknya yang sedang ketakutan.

"Unnie, dia dah kembali. Dia akan cari saya sampai saya jadi milik dia. Dia dah datang." Ujar Seo Hyun mengeratkan lagi pelukannya.

"Siapa? Siapa yang dah datang?" Tanya Tae Yeon lagi ingin tahu.

"Joo Hwan!" Balas Seo Hyun penuh ketakutan. Airmatanya menitis semakin laju. Yong Hwa dan Tae Yeon hanya mampu memandang wajah antara satu sama lain dengan penuh kejutan.

Obses (Completed)Where stories live. Discover now