Bab 6

275 8 0
                                    


"Hei! Lepaskan aku!" Jerit Yoona meronta cuba melepaskan dirinya, namun sia-sia apabila kedua belah tangannya telah diikat kuat.

Dia diselubungi kegelapan apabila matanya ditutup dengan kain hitam membuatkan pergerakannya terbatas. Dia masih cuba meleraikan ikatan tangan dengan menggerakkan kedua tangannya namun tidak berjaya.

"Siapa tu?! Tolonglah saya!" Jerit Yoona lagi apabila dia terdengar bunyi tapak kaki menghampiri dirinya yang sedang terikat dikerusi.

Cahaya yang terang menyilaukan pandangan mata sebaik sahaja kain yang menutup matanya dibuka. Yoona memejamkan kedua belah matanya seketika sebelum membukanya semula.

"Joo Hwan?! Awak datang nak selamatkan saya?" Tanya Yoona gembira sebaik sahaja dia melihat Joo Hwan sedang berdiri dihadapannya.

"Selamatkan kau? Jangan haraplah." Balas Joo Hwan sambil tersenyum sinis. Wajah Yoona bertukar riak sebaik mendengar jawapan Joo Hwan.

"Awak ke yang buat saya macam ni? Lepaskan saya! Kenapa awak buat saya macam ni?!" Jerit Yoona menggila sebaik sahaja dia sedar situasi sebenar.

"Sebab dendam." Jawab Joo Hwan pendek dengan wajah yang penuh kebencian.

"Dendam?" Tanya Yoona masih lagi tidak tahu sebab dia ditahan.

"Iya, dendam. Kau pandang sekeliling bilik ni. Kau kenal kan gambar siapa yang tergantung kat setiap sudut dinding bilik ni? Sebab dia kau ada dekat sini!" Ujar Joo Hwan tersenyum sinis memandang gadis dihadapannya.

"Seo Hyun?" Ucap Yoona terkejut melihat gambar sahabatnya yang banyak tergantung di dinding bilik tempat dia dikurung.

"Seo Hyun. Gadis yang aku cintai. Dia milik aku! Tak ada siapa dapat rampas dia daripada aku! Dia selamanya milik aku! Kau faham tak?!" Jerit Joo Hwan menakutkan Yoona.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Jerit Yoona sambil meronta cuba melepaskan dirinya namun Joo Hwan hanya tersenyum sinis memandang perlakuannya sebelum berlalu pergi.

****

"Awak okay?" Tanya Yong Hwa apabila dia melihat wajah Seo Hyun yang kelihatan resah.

"Erm saya okay. Kenapa awak tanya?" Soal Seo Hyun pelik dengan pertanyaan kekasihnya.

"Saya tengok awak resah semacam je. Dah tu asyik termenung je. Cuba bagitau saya apa yang mengganggu fikiran awak tu." Pinta Yong Hwa membuatkan Seo Hyun mengeluh.

"Entahlah Yong Hwa. Saya rasa macam tak sedap hati je. Macam ada perkara yang tak elok akan jadi." Balas Seo Hyun lemah.

Yong Hwa mencapai tangan gadis yang sedang duduk disebelahnya dan mengusapnya lembut untuk menenangkan dia.

"Tak ada apa tu. Mungkin mainan perasaan awak je tu. Jangan risau, okay?" Ujar Yong Hwa menarik gadis disebelahnya ke dalam pelukan.

"Terima kasih awak sebab sentiasa ada dengan saya masa saya susah macm ni." Ucap Seo Hyun penuh syukur sambil memandang wajah Yong Hwa yang tersenyum.

*****

'Pihak polis telah menjumpai satu mayat wanita yang dikenali sebagai Im Yoona di dalam sebuah beg yang dihanyutkan di sungai. Mangsa dipercayai telah diseksa sebelum dibunuh. Motif pembunuhan masih lagi disiasat.'

Tae Yeon cuba menghubungi telefon bimbit adiknya namun tidak berjawab. Begitu juga dengan Yong Hwa. Ini membuatkan dia menjadi semakin risau.

Berita yang disampaikan oleh penyampai berita itu tadi membuatkan Tae Yeon resah. Dia mencuba sekali lagi menghubungi adiknya.

'Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan pesan selepas bunyi bip.' Tae Yeon melepaskan keluhan sebaik mendengar suara operator menjawab panggilannya.

"Seo Hyun, telefon Unnie balik. Urgent!" Pesan Tae Yeon sebelum mematikan panggilannya.

****

Seo Hyun dan Yong Hwa berjalan beriringan sambil berpegangan tangan menuju ke hotel setelah selesai makan malam. Mereka ketawa bersama dan berbual sepanjang perjalanan.

"Seo Hyun, sekejap ya." Ujar Yong Hwa menghentikan langkahnya dan menyeluk saku seluar sebelum mengeluarkan telefonnya.

"Banyaknya misscall. Eh, dari Tae Yeon. Cuba awak check telefon awak." Saran Yong Hwa menunjukkan telefonnya.

Seo Hyun mengeluarkan telefonnya dari dalam beg dan menekan butang on. Hatinya tertanya-tanya apa yang telah terjadi sehingga Unnienya membuat panggilan berkali-kali. Lantas dia mendail nombor Tae Yeon.setelah mendengar pesanan yang ditinggalkan.

"Seo Hyun! Awak okay?" Tanya Tae Yeon sebaik menjawab panggilan adiknya.

"Saya okay je. Kenapa ni Unnie? Cemas semacam je saya dengar." Tanya Seo Hyun risau dengan kakaknya.

"Seo Hyun, awak jangan panik lepas dengar apa Unnie akan bagitau awak. Okay?" Ujar Tae Yeon cuba mengatur ayat untuk memberitahu adiknya tentang kematian Yoona.

"Okay. Unnie jangan takutkan saya. Cepat bagitau apa sebenarnya yang Unnie nak cakap." Gesa Seo Hyun semakin resah apabila kakaknya diam seketika.

"Yoona... Dia... Dia..." kata-kata Tae Yeon terhenti. Sesungguhnya dia terasa berat untuk memberitahu Seo Hyun perkara sebenar.

"Kenapa dengan Yoona?!" Tanya Seo Hyun separuh menjerit. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang sedang memandangnya.

"Dia dah mati." Jawab Tae Yeon perlahan namun cukup untuk adiknya mendengar apa yang dikatakannya.

Airmata Seo Hyun pantas mengalir membasahi kedua belah pipinya yang putih sebaik mendengar berita yang disampaikan oleh kakaknya.

"Be... betul ke Unnie? Betul ke Yoona dah mati?" Tanya Seo Hyun sukar untuk percaya dengan apa yang didengarnya.

"Betul. Hidup mati orang takkan Unnie nak buat main." Balas Tae Yeon lemah. Sedih yang dirasa sebaik sahaja mengetahui kematian Yoona mula menggigit tangkai hatinya. Perlahan airmatanya turut tumpah.

"Joo Hwan!" Teriak Seo Hyun ketakutan dan mengejutkan Yong Hwa serta Tae Yeon.

"Joo Hwan?" Tanya Tae Yeon pelik dengan apa yang dikatakan oleh adiknya.

"Unnie, jaga diri awak. Hati-hati. Tunggu saya balik." Ucap Seo Hyun panik sebelum mematikan talian.


Obses (Completed)Where stories live. Discover now