Hati

3.8K 332 7
                                    

Pernah tak? Kau berborak sedangkan orang tengah baca yaasin ataupun zikir. Senang cerita, kalau ada majlis ilmu kau dok sembang dengan orang sebelah. Aku pernah kena tegur dan aku nak sampaikan kat korang.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
Surah ArRa'd : 28

Apa kaitan zikir, hati dan berborak?

Hati kau tak rasa apa ke bila dengar Zikir dan Selawat? Kosong? Langsung? Ehh jap aku bukan nak buat tarbiah sentap.

Kita hidup atas kalimah
لا اله الا الله محمد رسول الله
Tiada tuhan selain Allah. Nabi Muhammad pesuruh Allah. Betul?

Ini ialah visi hidup kita.

Zikir dan Selawat tu supplement untuk rohani. Fungsi dia untuk menenangkan hati yang resah, memadam bintik hitam.

Saat kau dengar zikir dan selawat, mulut kau tak berhenti bercakap. Sampai kau tak mampu dengar rintihan hati kau yang ketandusan. Kering. Kau tak gentar dengan tuhan ke? Dia yang memegang nyawa setiap yang bernafas. Dia yang menentukan rezeki. Dia yang memberi ilmu. Dia Tuhan. Allah yang maha agung.

بسم الله الرحمن الرحيم
قل هو الله احد
الله الصمد
لم يلد ولم يولد
ولم يكن له كفوا احد
Surah Al ikhlas : 1-4
Terjemahan dia kau boleh cari AlQuran Terjemah. Alang alang tu baca sekali AlQuran tu mana la tahu dah berhabuk lama tak sentuh.

Sesungguhnya Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri yang mahu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka

Surah Ar Ra'd : 11

Suburkan hati kau dengan iman. Baja dengan kasih sayang kepada Tuhan dan makhluk. Jangan biarkan parasit dengki merosakkan hati. Jangan jadikan kawan, mak, makcik, boyfriend dan orang sekeliling menjadi alasan kau tak boleh berubah.

Bukan budak aliran agama. Itu bukan alasan. Kau yang bertanggungjawab untuk didik hati kau. Aku tak tipu, aku taknak sugar coat apa apa.
Nak jaga hati memang payah. Nak sental titik hitam kalau dah mula bertapak dalam jiwa sukar. Tapi kau boleh. Kau mampu.

Kau akan aman dan tenang bila kau dapat rasa manisnya halawatul iman.

Cerpen AkuWhere stories live. Discover now