Senyum

2.8K 221 4
                                    

Bila ditanya dimana letaknya seorang ajnabi yang namanya kerap meniti di hujung lidah itu dihatiku, aku senyum sendiri.

Lalu dia bertanya lagi, adakah maknanya hatiku sudah diracuni dengan toksik cinta duniawi, aku senyum lagi.

Mungkin dia sudah sakit hati.

Lantas lantang suara daripada dua ulas bibir itu berbicara. Dihati kau aku kita hanya perlu ada satu ruang. Untuk Ilahi. Andai tercemar dengan cinta selain kepada Yang Esa, sekeping hati itu sudah tidak bersih lagi.

Senyum lagi.

Ya, aku senyum lagi kerana aku tahu dia tidak tahu.

Benar, namanya sering bermain dilidah. Aku lipat kemas namanya di dalam katalog hati insan yang aku kasih.

Tetapi, siapa kau untuk mengadili hati aku. Kau bukan tuhan.

Dengar, kerana aku sayang aku khabarkan.

Siapa aku untuk lari daripada fitrah?

Aku kutub utara dia kutub selatan.

Fitrahnya ialah saling tertarik.

Lainlah kalau kau gay.

Kerana aku masih ingat tuhan, kenal agama, belajar hukum, aku berusaha sedaya aku untuk menjaga batas.

Kasih sayang itu luas. Jika hanya tuhan yang berada di dalam hati, mana letaknya cinta nabi? Emak? Abah?

حبل من الله وحبل من الناس

Kau tidak salah. Cuma sedikit calitan pembetulan.

Letak Allah yang utama kemudian manusia di dalam hati. Andai hati kau dijentik oleh ajnabi, kuat. Letak dia di bawah sekali dalam carta hati.

Kasihi dia sebagai seorang manusia. Kemudian belajar untuk berhenti

Cerpen AkuWhere stories live. Discover now