Jodohku Mr. Ajal

2.4K 202 10
                                    

Gurauan nikah selepas SPM, itu perkara  biasa. Aku juga tak ketinggalan, akulah antara manusia dalam kelas yang sering dikatakan akan nikah awal. Gatal ! Hahaha

Aku tak bergurau kawan, aku sudah bertunang sejak tingkatan tiga. Dua minggu selepas habis PT3. Tak sangka secepat itu kan? Aku juga tak sangka

Sekarang, aku sedang menghitung hari menanti tibanya jodohku kerana aku tidak pernah melihatnya. Katanya dia baik andai aku juga baik tapi dia mampu jadi zalim jika aku berbuat jahat

Dua hari lepas, aku dapat merasa debarnya. Dia dan harinya semakin hampir. Sejuk rasa tubuhku

Dan hari ini kawan, doakan aku mampu melafazkan akad syahadah

Aku bertunang dengan Kanser hati sebagai cincin tanda dipinang dan hari ini, hampir genap dua tahun, aku akan bertemu dengan Mr. Ajal

Kawan, dalam sibuk mengejar keduniaan jangan lalai kerana yang paling hampir dengan manusia itu kematian

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerpen AkuWhere stories live. Discover now