Syafakillah

2.4K 200 2
                                    

Ya tuhan, kuatnya dia. Walaupun jarang tersenyum bila jumpa aku tapi air wajahnya sangat tenang. Tersembunyi segala kesakitan.

Masih boleh bersabar dengan takdir tuhan. Bersyukur dengan nikmat walaupun sekecil-kecil nikmat. Dia bahagia dengan ibadahnya. Saat dahi sujud, hatinya turut sujud kepada Ilahi.

Sungguh kau idola. Tubuh kecil itu mampu menampung kesakitan yang hebat kerana jiwa kau besar.

Kau berani menegakkan sunnah saat aku takut dengan tanggapan manusia. Rasanya tak melampau bila aku cakap kau sudah merasa kemanisan iman.

Hari ini, kau diuji lagi. Dengan kesakitan tapi kau masih tidak salahkan tuhan. Kau masih kuat melawan kesakitan.

You are a fighter, never ever give up. Kau diperlukan di sini. Untuk membantu ummah yang kian tenat. Jangan putus harap.

Zatty kuat.

Cerpen AkuWhere stories live. Discover now