Bukan Budak Surau

6.2K 454 23
                                    

Aku duduk depan Surau ArRaudhah dengan AlQuran pelangi setia di tangan. Tunggu Nafisah. Jangan kata batang hidung, asap keretanya pun tidak kelihatan!

Daripada melangut, baik baca surat cinta daripada tuhan. Khusyuk aku tenggelam dalam dunia sendiri. Tak sedar apa yang berlaku di kawasan sekeliling.

Tiba-tiba, ada rasa tak sedap muncul dalam benakku. Aku sedang diperhatikan. Aku menoleh ke kanan.

Tepat jangkaanku, ada seorang ajnabi berbaju polo hitam, seluar jeans duduk pada kerusi batu bersebelahan dengan kerusi yang sedang aku duduki.

Mata kami bertemu. Aduh, seram!

Tak tunggu lama, aku terus angkat kaki.

Terasa aku dipanggil. Bukan ukhti seperti yang biasa digelar, sah bukan budak surau. Wei pula tu! Mana hormatnya.

Dia memintas aku. Panjang benar kaki manusia ini.

"Anta nak apa?" Tanyaku garang.

"Aku nak..." Lelaki itu menjawab.

Tak sempat ayatnya disambung, aku mencelah dulu.

"Surah Al-Isra' ayat 32, hadam. Saya tak kenal awak" Aku terus masuk ke dalam ruang solat wanita. Lantak la dia nak kata apa.

"Wei, aku bukan..." Aku tak dengar dia cakap apa lepas tu.

Masuk sahaja ke ruang solat wanita, telefon daripada poket jubah aku keluarkan lantas Nafisah aku hubungi

"Assalamualaikum, Enti ada dekat mana? Lama ana tunggu" terus soalan aku tujukan setelah panggilan berjawab.

"Waalaikumussalam, Afwan jiddan ya Farah... ada tetamu datang, dalam setengah jam lagi inshaAllah baru ana boleh ke sana." Suara Nafisah kedengaran gelisah.

"Tak apa, ana faham. Alang-alang tu lepas zohor sekali lah ya? Boleh Ana tadabbur Al-Quran sekejap" suaraku mesra bagi meredakan gelisah sahabat yang seorang itu.

"Syukran jazilan ya Farah" selepas bertukar salam, telefon aku matikan.

Azan zohor berkumandang.

Tirai yang jarang menampakkan saf lelaki. Bilangan manusia boleh dihitung dengan jari. Saf perempuan pula, aku sendiri.

Iqamat sudah dilafazkan.

Imam mengangkat takbir. Aku juga mengikuti langkahnya. Takkan nak solat sendiri, 27 kali ganda kut pahala!

Aku solat dengan tenang. Sehingga imam memberi salam.

Lancar sahaja imam muda itu, aku yakin dia muda melalui suaranya, membaca wirid dan doa.

Selesai berdoa, duduk sekejap. Rntah kenapa rasa teringin melihat wajah imam itu walaupun di sebalik tabir yang samar.

Jemaah tua sudah mula keluar. Kelibat imam itu juga sudah tidak kelihatan. Mungkin bukan rezekinya. Ya Farah, tundukkan pandangan!

"Assalamualaikum" Suara lelaki menegur daripada sebalik langsir.

Kaku. Aku hanya jawab dalam hati. Dia, lelaki baju polo tadi! Apa lagi yang dia mahu?

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَان فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Sekejap, aku terhenti. Manusia baju polo ni perli aku ke? Itu Surah Al-Isra' ayat 32! 

Sekejap, dia imam tadi?!

"Cik kak, lain kali dengar dulu orang cakap. Saya tahu benar hakikat ayat itu. Saya tegur bukan nak mengorat, tapi nak bagi beg dompet ni tercicir! Kalau nak mengorat mahu kena smackdown" Dia menolak beg dompet kelabu ke bawah langsir.

Pantas aku ambil. Kelu lidah! Kejang segala saraf! Hah?!

"Sama-sama" Dia terus pergi.

Aduh! Mendalam sungguh. Cepat sangat aku menghukum. Bukan budak surau? Aku sendiri malu dengan diriku.

Cepat aku meneliti beg dompetku. Semua lengkap. Ada satu kad asing.

Kad perniagaan. Haris Zulqarnain, Jurutera. Siap ada nombor telefon, facebook, twitter, instagram lagi! Hah? sudah kenapa dia letak ni?

Tak lama aku menunggu dengan muka merah bak udang kena panggang, Nafisah muncul bersama ibuku.

Aku sudah naik hairan. Kenapa ibuku ada bersama?

"Anak ibu dah jumpa Haris Zulqarnain?" Soal ibu setelah tangannya aku kucup.

Dahiku berkedut. Ibu tahu? Macam mana?

"Asiff jiddan ya Farah, ana subahat." Nafisah rakan baikku memeluk aku erat.

"Itu bakal zauj anak ibu" tak bertapis! Ibu berbicara.

"Apa?" Kalau aku sedang minum, sudah pasti tersembur!

Latar belakangnya aku tak tahu, sifatnya aku tak pernah lihat, sedangkan wujudnya tidak aku sedar tiba-tiba nak bernikah? Oh tidak!

Ibu mula membuka cerita. Haris datang ke rumah membawa ibu bapanya untuk menyunting aku. Segala-gala mengenai Haris ibu ayah sudah tahu.

Bila ditanya bagaimana boleh berkenan dengan Farah, katanya biar dia sendiri yang cerita dekat Farah.

Pesannya, istikharah dulu ambillah masa selama mana . Kalau diterima, sila Whatsapp YES ke nombor yang tertera. Jika tidak, NO. Mudah.

Aku yang gelabah. Baru 20 tahun kut! Dah nak kahwin?

...

Sudah dua bulan berlalu sejak lamaran itu sampai ke telingaku. Tiada siapa yang memaksa namun nampak harapan ayah dan ibu. Aku yakin pilihan mereka yang terbaik untuk aku.

Aku juga tidak berjumpa dengan Haris langsung. Di surau kelibatnya tidak pernah kelihatan. Macam main-main sahaja semua ini.

Malam itu aku istikharah lagi. Entah kenapa, rindu. Aku rindu suara merdu itu.

YES. Send.

Macam itulah aku bernikah dengan Encik Haris Zulqarnain. Selepas subuh itu juga aku dinikahkan. Katanya, yang wajib dulu. Itu yang penting.

Sungguh drastik ya aku tahu. Tapi rancangan tuhan itu hebat.

Orang yang aku sangka bukan budak surau rupanya seorang Hafiz bekerja sebagai jurutera dan sudah lama tertarik dengan tingkah lakuku.

Sekarang masa untuk bercinta ! Lepas nikah semua pahala weii

Cerpen AkuWhere stories live. Discover now