Ikhtilat

2.3K 233 28
                                    

Tepat, itu 100% copy paste conversation aku dan dia. Aku rasa kalau kau baca mesti kau marah aku lagi kan?

"Heish, benda macam ni pun nak tunjuk kat orang ke?"

"Biar la! Bukan aib rumah tangga aku yang aku tunjuk!"

Lol

Tak ada sebaris ayat yang aku ubah. Memang tatabahasa dia ni bersepah (mengutuk mengumpat ni nak minta maaf bila Zah oi?)  Tapi, point dia fuh.
Oh, kitorang sebaya. Sama umur haha kau percaya tak? Percaya? Tak? Ayat dia macam orang tua kan? (Tak sedar diri aliran gaya fikir sama lol) tak pernah jumpa langsung. Aku kenal dia pun sebab dia yang tegur dekat wattpad (haah ye dekat sini) tangan ni la gatal sangat reply padahal XY lain tak ada pun aku reply ! Sepanjang 17 tahun aku hidup tak pernah aku contact dengan lelaki lebih sebulan ni la mangkuk yang pertama (auch, feel the pain girls?)

Okay, kenapa aku nak share benda ni? Mari aku kisahkan (ada pula masa perempuan ni nak berfoya-foya)

Siapa ada TTM? Boy friend ? See that little space? Kita panggil friendzone hahaha padan muka ko. Kau tak declare apa dengan dia tapi rapat gila

Siapa ada boyfriend? Duduk jarak sikit, dating bawa pembaris 1 meter. Kau dah konfesi cinta matimu dan dia kata perasaan kita sama (geli do)

Siapa single unavailable tak contact langsung dengan lelaki benda tak penting ikhtilat 100% terjaga? Tahniah teruskan usaha anda !

Ikhtilat - perhubungan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram

Hukum asal - HARAM

Hukum berubah menjadi harus atas sebab-sebab tertentu
-berjual beli
-belajar
-darurat
-perubatan

Kenapa hukum asalnya haram? Sebab ikhtilat adalah magnet zina

Huish memandai! Ingat kitorang jahil ke nak buat benda tu?

*hulur clorox* sucikan otakmu hahaha

Cabang zina tu banyak!
-zina hati

Bila setiap malam, pagi, petang. Ada satu nama je yang melekat dalam otak kau. Nama dia je yang kau tunggu muncul. Nangis weh seminggu tak text. Fitrah perempuan, dilayan baik sikit cair. Difahami sikit cair. Sila duduk dalam peti sejuk.

Tu belum lagi kau imaginasi masa hadapan yang tak pasti. Dah terbayang kehidupan keluarga bahagia apa semua.

Aku sembang gak benda ni dengan dia. Daripada nikah sampai ke rumah kereta etc. Pergh memang lucky gila la perempuan yang nikah dengan dia ni. Aku boleh buat list lagi

future wife Mr. Dot dot dot

-Hijabster
-Matang
-Boleh layan perangai dia atleast
-Pandai buat pilihan
-Pandai masak (dessert especially)
-Wajib kuat mental
-good listener
-boleh tolong urus hidup dia
-ngam dengan family dia

Siapa nak try? (Gurau je duduk balik please)

Sumpah, selesa gila sembang dengan dia ni. Sebab dia jenis cepat tangkap apa yang aku nak sampaikan.

Bahayanya zina hati daripada zina-zina yang lain ni, sebab dia adalah pintu masuk. Sekali kau buka pintu tu, macam macam boleh jadi.

-zina mata
Dan apa berlaku, kau stalk insta dia setiap malam (crush punya kes) kau bertentang mata dengan dia dari cara kau pandang dia pun dah nampak I can feel the love through your eyes

Sedangkan, dah diajar. TUNDUKKAN PANDANGAN ITU!

aku tak stalk pun insta dia (buang data je) tapi, aku jenis yang sekali tengok terus melekat. (Kalau la buku akademik pun sama haishh)

Cerpen AkuWhere stories live. Discover now