Baca je

1.8K 197 1
                                    

Lama aku tak tulis benda 'islamik' kan? Siapa takda kerja baca la

Labuh pakaian bukan indikator takwa
Kain hitam tutup muka bukan syarat masuk syurga
Serban lapan hasta bukan tanda mulia

Tipikal? Baca je la

Ramai 'daie' kat luar sebut benda ni tapi tak terang kenapa. Takpa biar aku yang hingusan ni bagitahu kenapa

Sebab aku dengan kau kita punya latar kehidupan tak sama. Ada yang lahir dalam keluarga senang ada yang lahir dalam keluarga susah. Ada yang penekanan agama tinggi dan ada yang rendah. Kemuliaan seorang Islam tu bila dia cuba berubah jadi lebih baik. Jangan dikejar pakaian sunnah bila kau belum bersedia. Jangan jadi aku... aku dah tulis dalam 'cerpen aku' kenapa

Kelakar gila bila orang ukur jahiliah dan hijrah melalui pakaian. Sedangkan seorang munafik boleh bersembunyi di sebalik pakaian sunnah dan si biasa-biasa yang itu lebih tinggi takwanya. Mungkin keadaan memaksa dia jadi si biasa yang kau pandang sebelah mata kerana tudung kau macam telekung dan tudung dia macam sapu tangan. Tak sedar dalam 'hijrah' kau sebenarnya masih berminda jahiliah

Fitrah perempuan tu nak cantik. Go hijabista! Asal patuh syariah. Tudung labuh melepasi dada baju longgar tak jarang. Aurat kecuali muka dan tapak tangan. Tabarruj? Tinggalkan! Purdah niqab? Pakailah kalau tiada halangan
Oh, conteng muka dan tinggalkan dua biji mata serta upload di insta tak jadikan awak pakai purdah tapi jadikan awak manusia yang nak matanya sahaja dilihat manusia
Bila si labuh duduk dengan si labuh sambil tunding jari mengumpat si biasa tak mahu 'hijrah'

Bila 'si biasa' duduk dengan 'si biasa' sambil membenci perangai si labuh
Ketahuilah dua dua sedang bergelumang dalam jahiliah
Kau tahu ummah kita sudah parah

Cerpen AkuWhere stories live. Discover now