Ceraikan dia!

3.5K 226 11
                                    

Aku duduk tenang di atas kerusi sambil menanti hadirnya orang yang sedang menduduki tempat pertama dalam carta kebencianku.

Bau wangiannya sudah dapat aku tangkap walaupun dari jauh. Menyesakkan dada. Sungguh aku mahu lari masuk ke dalam bilik. Tapi apakan daya. Mama sudah beri amaran. Aku kena hadapi realiti.

Kali ini dia datang tak sendiri. Seorang gadis dibawa bersamanya. Apa nama dia? Atiqah? Afiqah? Aqilah? Adilah? Entah lah. Itu bukan urusan aku sekarang.

Dia melemparkan sebuah senyuman manis. Aku balas dengan senyuman nak tak nak.

Dia duduk di hadapanku bersebelahan dengan gadis yang baru aku ingat namanya. Aqiqah eh bukan abaikan je la nama dia.

Sehelai kertas diletakkan di hadapanku. Sebatang pen yang berada di atas meja itu aku tak usik.

Aku membaca isi kertas itu. Satu persatu. Kepala aku angkat untuk melihat reaksi mereka.

"Ceraikan dia" kata gadis itu.

"Semudah itu takkan tak boleh buat?" Kata-kata dia menyakitkan telinga aku.

Belagak cerdik. Aku tendang karang!

"Setakat nak ceraikan ayat Bahasa Melayu ni aku tak ada hal la! Dah sudah la tu berlakon, orang ingat ada drama petang selasa pula"

Berdekah-dekah kami ketawa.

Ceraikan dia! OMG Izzah kau bosan tahap parah ni 😂😁  someone please date me hahahha

Cerpen AkuWhere stories live. Discover now