Irene dan Jimin jalan beriringan balik ke dorm BTS. Jimin memeluk erat bahu Irene manakala Irene memeluk erat pinggang Jimin.
Semua mata memandang ke arah mereka dan sekali-sekala peminat BTS ingin berselfie dengan Jimin. Jimin hanya melayan peminatnya dan Irene hanya akan berdiri di tepi Jimin.
Sekali-sekala ada peminat yang ingin berselfie bersama Jimin dan Irene. Irene hanya melayan dan Jimin juga menyibuk di tepi tunangnya itu.
Akhirnya mereka sampai di dorm BTS dan mereka berdua terus berbaring di atas katil kerana Siu masih belum pulang bersama dengan Jungkook.
Irene ingin bangun dari pembaringannya kerana ingin membersihkan dirinya tapi dirinya dipeluk erat oleh Jimin.
Jimin memeluk erat tubuh Irene dan membenamkan kepalanya di dada Irene. Irene hanya mampu mengusap lembut rambut Jimin dan memejamkan matanya untuk cuba melelapkan dirinya.
############################
Jungkook dan Siu sedang berjalan-jalan di area dorm mereka. Jungkook ingin ke pasar raya yang berdekatan kerana ingin membeli barang yang Jin pesan. Wonho yang sedang menuju ke arah pasar raya ternampak Jungkook sedang mendukung Siu.
" Jeon Jungkook? Anak siapa yang dengan dye?,"
bisik Wonho di dalam hatinya.
Wonho menuju ke arah Jungkook dengan perasaan ingin tahu. Sampai sahaja di belakang Jungkook, Wonho menepuk lembut bahu Jungkook menyebabkan Jungkook memusingkan tubuhnya menghadap Wonho.
Jungkook memberikan senyuman ramah lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Wonho. Wonho menyambut salam Jungkook dan memberikan senyumannya.
Jungkook - *cool* Hyung, kau sihat?
Wonho - *cool* Aku macam ni la ~~ Biasa je ~~ Kau, aku tengok makin berisi ni?
Jungkook - *ketawa kecil* Aku pegi gym ~~~ Tu yang badan berisi sikit.
Wonho memandang ke arah Siu yang di dukung oleh Jungkook dan memberi senyuman ramahnya lalu mencubit wajah chubby Siu. Siu hanya membiarkannya.
YOU ARE READING
Loving You Is Painful
Hayran KurguSambungan cerita Dead Love is Hurt. Jimin yang baru sedar dari koma telah lupa akan Irene dan segala kenangannya dengan yeoja-chingunya. Irene dan BTS cuba mengembalikan ingatan Jimin terhadap Irene tapi tak berjaya kerana Jimin sering kali mengela...