Confess to be

124 11 10
                                    

"Pokok?" Hairan Kei sambil mencover malunya.

"Ehm. Yelah. Nak tanya sikit boleh?" Soal Jimin.

"Tak." Jawab Kei selamba.

"Haish. Nak tanya jugak. Kenapa awak nampak macam pelik hari ni?" Soal Jimin.

"Pelik. Apa yang pelik?" Soal Kei.

"Ish awak ni..." Rengek Jimin.

"Jangan panggil awak-awak lah. Geli." Kata Kei sambil memalingkan mukanya ke arah tempat lain.

"Kalau awak dah kata macam tu, yelah. Saya takkan panggil awak awak lagi." Jimin tersengih sambil mengeluarkan dua jarinya.

Kei menahan rasa berdebar dalam hati melihat kecomelan Jimin di hadapannya.

"Ommo sweetnya..." Sujeong menongkat dagu sambil menonton Kei dan Jimin.

"Kau nak aku buat macam tu ke?" Soal V.

V meletakkan kedua-dua tapak tangannya dan diletakkan di bawah dagu. Matanya dikelip banyak kali. Suaranya bertukar comel mengalahkan budak tadika.

"Sujeong ah! Nak tengok wayang tak malam ni..."

Pap!

"Mak kau!" Melatah Sujeong.

Mata V dan Sujeong tertumpu ke arah pintu yang dibuka oleh Tuan Kim. Cepat-cepat mereka berasa cemas.

"Wei wei kau pergi halang tuan Kim tu. Jangan sampai dia potong line Kei dengan Jimin." Arah Sujeong.

"Okey okey." V terus berlari ke arah tuan Kim.

Sujeong pula mengurut dadanya. Heart attack yang menyerangnya tadi tidak surut lagi.

Kerana terdengar Sujeong melatah, Seulgi pun keluar dari dapur. Sujeong berlari ke arah Seulgi.

"Eh, tuan Kim. Comel hari ni." V mencubit pipi tuan Kim.

"Hei!" Marah tuan Kim membuatkan V melepaskan tangannya.

V tersengih seorang diri.

"Dah kenapa kamu ni? Dah tak de kerja?" Soal tuan Kim.

V tersengih sambil menggeleng perlahan.

"Kalau tak de kerja, boleh pergi cuci toilet." Arah tuan Kim. Kakinya melangkah pergi tapi tak sempat apabila V menghalangnya.

"Alah. Tapi tapi. Tuan Kim nak pergi mana?" Soal V.

"Saya nak pergi mana bukan urusan kamu." Tuan Kim menepis tangan V. Lagi sekali V menghalangnya.

"Tuan Kim nak pergi mana?" Soal V lagi.

"Cari Jimin. Mana Jimin?" Soal tuan Kim.

"Jimin tak de. Saya ada. Nak?" Soal V sambil mengangguk banyak kali.

"Kamu buat apa? Saya nak Jimin." Kata tuan Kim.

"Jimin buat apa? Saya jauh lebih comel dan handsome daripada dia. Lagipun saya ni bertanggungjawab dan ringan tulang." Kata V.

"Betul ni?" Soal tuan Kim.

"Iye." Jawab V sungguh.

"Yakin?" Soal tuan Kim lagi.

"Pasti." Jawab V.

"Kalau macam tu, ikut saya masuk pejabat sekarang." Arah tuan Kim.

"Baiklah." Kata V.

Sementara itu, Sujeong masih menghalang Seulgi.

"Sebenarnya apa hubungan si Kei tu dengan Jimin?" Soal Seulgi sambil berpeluk tubuh.

Still Loving You | P.J.MWhere stories live. Discover now