Pelarian

92 5 0
                                    

[JIMIN POV]

Aku membuka mata dan aku pandang sekeliling tempat ni. Aku sekarang berada di atas katil dan aku sangat kenal tempat ni.

Dah 3 tahun aku tak jejakkan kaki kat tempat ni. Semuanya tak berubah.

Ni bilik aku. Macam mana aku boleh ada dekat bilik aku sendiri. Dan aku tahu dari apartment V ke sini memang jauh. Siapa yang culik aku lepastu bawak balik bilik aku sendiri.

Arggh. Aku ketuk kepala sendiri lepastu terbaring semula. Aku lapar.

Aku pandang kanan di mana meja belajar aku terletak. Eh, makanan.

Aku terus bangun dan terus capai hobakjuk. Halmeoni aku je yang selalu buatkan sarapan macam ni. Hm sekarang dah pukul berapa eh.

Aku raba poket seluar tapi telefon aku tak ada pun. Macam mana dengan Kei, V. Diorang agak-agak tahu tak yang aku kena culik.

Tapi asal aku tak risau eh kena celik. Mungkin aku ada kat bilik sendiri.

Lepas dah habis aku melantak hobakjuk, aku baring semula. Apa aku nak buat ni. Aku nak keluar tapi bila aku cuba nak bukak pintu, pintu kunci.

Tapi bila aku fikir-fikir balik aku rasa aku tahu siapa yang culik aku. Hm siapa lagi kalau bukan omma dengan halmeoni aku.

Aku tahu apa aku buat ni salah. Lari dari Jepun lepastu balik Korea tanpa pengetahuan diorang dan sebulan menghilang. Mestilah diorang marah.

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh buat kerja bodoh tu tapi time tu aku ada masaalah kat Jepun dan aku nak balik Korea. Lepastu dalam kepala otak aku cuma fikir Kei.

Sebelum aku hilangkan diri, aku ada bagi nota kat Suga yang aku nak balik Korea dan jangan cari aku.

Ya, aku tinggal dengan Suga dekat rumah bapak dia kat Jepun sana. Kitorang bukan tinggal berdua tapi berlima.

Aku, Suga, Jun, Yena dengan Ayumu.

Kitorang sama universiti kecuali Suga sebab Suga ni sebenarnya haih aku bukan nak kutuk dia tapi dia ni kurang pandai jadi dia cuma nak tinggal je kat Jepun dan teman aku. Katanya nak tolong aku kat sana sebab aku tak ada tempat tinggal.

Jun, Yena dengan Ayumu tu kitorang memang kenal dari high school sebab aku dengan BTS pernah sekolah dekat Jepun setahun. Sebab tu lah aku kenal diorang dan kitorang terjumpa dekat universiti tu.

Alang-alang kitorang semua ni pelajar baru, Suga ajak diorang tinggal sama-sama. Yena dengan Ayumu memanglah perempuan tapi mak bapak diorang izinkan sebab diorang orang susah jadi parents diorang nak diorang hidup selesa.

Cakap pasal Ayumu ni, sebenarnya dialah penyebab aku lari. Sehari sebelum aku hilangkan diri, aku dituduh cuba untuk buat benda tak patut dekat dia.

Bukan apa sebenarnya masa tu aku nak masuk bilik dia lepastu pandai pandailah fikir macam mana sampai aku dengan dia berada di posisi yang mencurigakan.

Lepastu time tu pulaklah Suga lalu bilik Ayumu and then dia nampak aku. Terus dia salah faham. Aku tahu yang dia marah gila kat aku sebab aku tahu yang Suga suka Ayumu.

Aku tak sanggup nak gaduh dengan Suga jadi aku buat keputusan untuk larikan diri ke Korea. Aku tahu Kei kerja dekat kafe tu sebab aku ada ingat yang V cakap kat aku dia sama tempat kerja dengan Kei.

Jadi aku tanya V kafe tu kat mana. Time aku lari tu aku tak bawak baju. Aku just bawak pasport, duit and telefon.

Aku tipu V. Aku bagitahu dia yang aku dari rumah.

Aku nak terus kerja kat kafe tu sampai Kei pun berhenti kerja.

Hish ni mesti Suga yang bagitahu omma aku. Tapi memang patut pun. Aku tak pergi universiti kot padahal setiap bulan bayar. Memanglah dia marah.

Still Loving You | P.J.MWhere stories live. Discover now