Pantai

91 9 27
                                    

[SEULGI POV]

Dari jauh aku perhati je si Kei dengan Jimin. Kembang kuncup kembang kuncup je dada aku.

Eeee sakitnya hati aku. Aku ingatkan bila Jimin ada kat sini, boleh rapatkan hubungan aku dengan Jimin tapi dia makin rapat dengan perempuan tu pulak.

Tengoklah apa aku buat.

Sementara diorang tengah main main air, aku pun berjalan ke tengah laut. Aku sanggup demi dapatkan pertolongan kau Jimin.

Aku tengok macam dah dalam je laut ni. Paras dada aku, dalam tak.

Lepas dah line clear aku pun..

"TOLONG!!! TOLONG!!!"

"Jimin, pergi tolong!" Kei menolak Jimin di mana bunyi pertolongan dilaungkan tapi Jimin macam ragu-ragu nak pergi.

"Jimin, cepat!"

"Iyelah yelah." Jimin pun menuju ke tengah pantai.

Daripada jauh dia boleh nampak tangan Seulgi terkapai-kapai dan Jimin percaya bahawa Seulgi betul betul lemas.

Alamak.

Aku rasa, aku dah ke tengah sangat ni sebab aku dah tak lepas. Kaki aku dah tak jejak dasar. Macam mana ni?

Jimin mana? Dia datang ke tak? Tolonglah. Aku tak nak mati lemas.

Aku tak pandai berenang. Aku dah tak boleh nak bertahan dan aku lupa yang aku ni semput.

"Seulgi!"

Ya, aku ada dengar orang panggil nama aku dan tu suara...

Jimin.

Sekaranglah waktu aku untuk tutup mata dan semuanya gelap.

[JIMIN POV]

Lepas aku dah jumpa Seulgi aku bawa dia ke daratan. Tapi bila aku pusing balik aku dah tak nampak Kei. Mana dia pergi?

Tadi dia jugak yang suruh aku selamatkan Seulgi tapi mana dia?

Aku terpaksa dukung Seulgi sampailah di darat. Ee beratlah dia ni.

Aku baringkan dia sebab dia dah tak hidup. Apa aku nak buat ni? Biasanya kalau orang lemas ni buat cpr. Tapi eeee..

Tak nak aku.

[SEULGI POV]

Aku dah tersedar dari pengsan aku tapi aku tak bukak mata lagi nanti Jimin tak buat apa-apa. Hehe. Dia mestilah jadi hero aku.

Dia kan gentle.

Cepatlah Jimin, cepatlah.

Tiba-tiba aku rasa ada orang pegang muka aku dan aku rasa nafas.

Yes! Ni lah yang aku tunggu tunggu.

Cpr! Cpr!

Tapi kenapa aku rasa lain macam. Nak bukak mata ke tak?

1.

2.

3.

"Ahhh!!"

Aku bukak mata dan aku nampak jarak muka tuan Kim dengan aku cuma 1cm.

"TH?!"

Aku nampak Jimin dekat sebelah dan dia tengah ketawa terbahak-bahak sambil berguling-guling.

Eee gelilah.

Kenapa tuan Kim pulak yang nak buat cpr dekat aku. Kenapa tak Jimin?

Daripada mana pulak tuan Kim ni muncul?

Still Loving You | P.J.MWhere stories live. Discover now