Berhenti kerja

77 6 0
                                    

Seminggu kemudian...

"Halmeoni! Halmeoni kena tolong Jimin. Sampai bila Jimin kena tinggal kat rumah ni tanpa buat apa-apa. Jimin ada kehidupan sendiri."

Nenek aku menurunkan sedikit cermin matanya.

"Kehidupan sebagai pekerja kafe?"

"Yelah. Jimin suka tau kerja sana. Jimin bosanlah duduk kat rumah je."

"Alah tapi aku suka kalau kamu ada kat rumah ni. Boleh teman aku. Omma dengan appa kamu tu pun kerja je memanjang."

"Tahu pun. So apa function omma bawak balik Jimin ke rumah ni?"

"Lagi beberapa hari kamu akan terbang semula ke Jepun. Sambung belajar kat sana balik."

"Mwo?! Sambung belajar kat sana?! Tak nak! Jimin tak nak! Jimin nak kerja kat kafe tu je."

"Kamu ni tak reti bersyukur ke apa hah?! Nak jadi macam Seulgi?! Dah elok-elok anak orang kaya lepastu nak kerja kat kafe yang gaji tak seberapa tu semata-mata untuk bekerja dengan orang yang kamu suka. Kamu tu mengutuk Seulgi je lebih padahal dia dua kali lima je dengan kamu. Kamu sedar tak?"

Aku terdiam. Ada betul jugak cakap halmeoni aku ni. Kalaulah suatu hari nanti nikmat kekayaan aku ni ditarik, aku cuma mampu tampung parents aku guna duit gaji kerja kafe je. Kenapa aku tak berfikir panjang eh.

"Mianhae halmeoni tapi...

"Kamu tak nak tinggalkan Kei?"

Aku angguk.

"Haih kamu jangan risau. Aku ni dah macam author cerita kamu tau. Pasal Kei jangan risau, aku dah tahu apa yang jadi lepas kamu balik Jepun semula."

"Seriously halmeoni?"

"Iye."

"Apa akan jadi kalau Jimin balik semula ke Jepun?"

"Hm tak lama lagi pun dia akan berhenti kerja jugak?"

"Maksudnya?!"

"Sebab tu lah aku suruh kamu balik je Jepun tu sebab tak lama lagi Kei pun akan berhenti kerja jugak."

"Maksudnya kenapa dia nak berhenti pulak?!" Haish nenek aku ni pandai pulak berteka-teki.

"Dia akan sambung belajar."

"Ha?! Serious?!" Aku terkejut. Dalam masa aku terkejut tu aku teringat balik time Kei ada cakap kat aku yang dia nak belajar. Patutlah dia cakap dengan aku supaya biasakan diri tanpa dia sebab kitorang akan berpisah rupanya.

"Dia sambung belajar kat mana halmeoni?! Please halmeoni kali ni tolong Jimin! Jimin nak sama u dengan Kei." Aku merayu dekat nenek aku walaupun aku tak dengar cerita tu dari mulut Kei tapi aku rasa apa yang nenek aku cakap ni betul.

"Ha ha ha."

"Kenapa halmeoni gelak?"

"Kamu tak payah risau."

"Ha?! Mestilah Jimin risau! Jimin tak nak berpisah dengan Kei."

"Kamu tak perlu risau sebab dia akan sambung belajar dekat universiti yang sama dengan kamu."

"Jinjayo?!"

🍔🍔🍔

"Kei, kau betul betul ke nak berhenti kerja ni?" Soal Seulgi sayu.

"Aku memang dah lama nak berhenti kerja pun tapi aku sayang sangat nak tinggalkan Jimin. Sekarang ni dia dah tinggalkan aku. Jadi tak perlu nak tunggu apa lagi. Dah seminggu dia hilangkan diri. Aku rindu dia."

Still Loving You | P.J.MWhere stories live. Discover now