(BTS) Bangtan Suprise

98 5 0
                                    

"Mianhae Kei sebab tipu awak. Saya tak ada niat pun nak tipu."

"Awak tahu kan lari dari Jepun tu salah. Lepastu pulak awak cari saya. Tak ada tempat tinggal pulak tu."

"Demi awak saya sanggup."

"Ngada."

"Nak sikit tu." Aku muncungkan bibir sambil menunjuk ke arah sosej yang dia tengah makan tu.

"Ambillah."

Sekarang kitorang tengah nak turun balik ke bawah. Jauh kot nak berjalan. Tapi kalau jalan dengan Kei tak rasa penat pun.

"Saya tak sabar nak belajar kat universiti baru nanti."

"Sebab ada sayakan."

Aku dah cerita semuanya dekat Kei. Pasal Ayumu tu pun aku cerita. Dengan pasal nenek aku sekali.

"Tapi saya tak tahulah nak tinggal kat mana nanti."

"Tinggal kat mana lagi, kat rumah appa Suga lah. Dengan kitorang."

"Boleh ke?"

"Saya yakin boleh punya. Lagi satu kan, lepas habis belajar nanti, jom kahwin."

"Weh! Gila ke?!"

"Betullah. Lagipun guru besar Park dah setuju."

"Halmeoni awak?"

"Haah. Dia tahu pasal kita dan dia kata dia setuju je kalau kita kahwin sebab dia pun suka kat awak."

"Suka saya?"

"Yelah. Kan saya dah cakap saya dengan halmeoni saya sekepala. Jadi apa yang saya suka pun dia suka."

"Ohh macam tu. So, Jimin awak nak balik rumah V lah ni?"

"Haah. Kenapa? Awak nak ajak saya tidur rumah awak ke."

"Jangan harap!"

"Ala Kei.."

"Nanti. Suatu hari nanti."

"Yes! I love you..."

"I love you too."

🥓🥓🥓

Aku menekan nombor kod rumah V sebelum masuk. Saje nak buat suprise kat dia tiba-tiba.

Hehe mesti dia terkejut tengok aku dah balik.

1!

2!

3!

"Suprisee!!!"

Mulut aku ternganga sebab tak percaya. Aku yang nak buat suprise tapi aku pula yang kena.

BTS semua dah berkumpul kat ruang tamu rumah V. Diorang kata nak datang esok tapi malam ni pulak sampainya.

"What suprise?"

"Suprise tak Jimin?!" Jungkook tanya aku sambil angkat kening dia banyak kali.

"Takkanlah aku tak terkejut tengok korang semua dah berkumpul."

"Hehe. Meh meh makan sini. Jin dah masak." Suga mempelawa aku duduk sebelah dia.

Wee bestnya dapat berkumpul dengan member lama.

"Dah lama kan tak berkumpul macam ni." Jungkook tersenyum sambil memandang satu persatu BTS.

"Tulah. Masing-masing sibuk." Kata Rapmonster.

Still Loving You | P.J.MWhere stories live. Discover now