My Herooooooo

115 12 12
                                    

[KEI POV]

Aku mengusap lenganku. Angin bertiup kuat tak seperti biasa dan aku rasa betul-betul seram sejuk sekarang ni. Daripada tadi aku rasa tak sedap hati. Hmm. Firasat je kot.

Tiba-tiba aku dapat rasakan bayang hitam lalu di belakang ku. Bila aku toleh, tak ada apa-apa. Ok. Love story ni dah jadi horror story.

Tapi aku cuba kuatkan diri aku untuk kata tak ada apa. Mungkin kucing.

Dan lagi sekali aku rasa seperti ada orang mengekoriku.

Someone help me!!

Jantung aku berdegup laju.

Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.

Aku mengambil tindakan untuk terus lari sampai ke rumah. Lari punya lari, aku selamat sampai rumah. Berkat cikgu Jongkook ajar aku teknik lari. Sampai sekarang aku guna lagi. Berguna tu.

Ok. Balik kepada horror story.

Krek...

Perlahan-lahan aku membuka pintu dan masuk.

Pap!

Cepat-cepat aku kunci pintu. Dada aku turun naik. Aku berdebar tahap dewa. Tapi bila aku masuk rumah, aku rasa macam lebih terancam.

First thing, aku buka lampu.

But wait, kenapa tak boleh bukak?!

Tak ada eletrik ke?!

Watzihel?!

Aku cuba gagahkan diri untuk berjalan masuk ke bilik. Rasa takut dia mengalahkan solo night masa high school.

Aduh!

Aku terlanggar sesuatu dihadapanku.

Apa ni?!

Oh dinding.

Nampaknya aku terlalu takut sampai dinding pun aku langgar.

Aku teruskan perjalanan solo night di rumah sendiri sampailah di bilik.

Aku buka lagi lampu. Tapi hasilnya sama macam di ruang tamu tadi. Agaknya satu rumah kot tak ada elektrik.

And now macam mana aku nak mandi.

Aku meletakkan beg di atas meja. Aku keluarkan phone dan buka torchlight. Torchlight lah peneman aku nak mandi.

Aku bersiap dan masuk ke dalam bilik air dan menguncinya.

Sambil mandi, sambil aku menyanyi untuk hilangkan rasa takut.

Lalalalalala lalalalalala lalalalalala

Nasib baik masa mandi tadi aku tak jumpa apa-apa. Maksud aku, hantu.

Selesai mandi, aku mencapai bathrobe dan tuala lagi satu untuk mengeringkan rambut yang aku basuh.

Keluar sahaja daripada bilik air, aku rasa bersyukur. Sebab lampu dah dibuka seperti biasa. Aku menghela nafas lega.

Aku melangkah ke almari baju. Pyjamas dicapai. Belum sempat aku pusing ke belakang, ada sesusuk tubuh menutup mulutku. Ini tak mungkin. Kenapa perkara yang aku mahu jauhi berlaku.

AAAARRRRGGGHHHHH

TOLONG!!

TOLONG!!!

Still Loving You | P.J.MWhere stories live. Discover now