Cinta Jimin ditolak

140 12 12
                                    

"Saya cuma minta..." Belum sempat Jimin habis berkata, Kei sudah merampas mic terlebih dahulu.

"Untuk pengetahuan kamu semua. Saya dan Jimin bukanlah pasangan kekasih. Kami datang sini cuma untuk menyebarkan risalah kafe kami kerana kekurangan pelanggan. Jadi saya hanya meminta satu, saya nak kafe kami bertambah pelanggan. Dan izinkan kami menyebarkan risalah." Kata Kei yang berterus-terang.

Semua orang yang mendengar penjelasan Kei hanya terkebil-kebil. Mereka kurang faham. Apa yang Kei maksudkan?

Walaupun bukan itu yang Jimin minta, dia tetap bangga dengan Kei. Bangga kerana sifat Kei bukanlah yang mementingkan diri sendiri. Jimin sangkakan yang Kei mahu meminta pelbagai barangan kesukaanya.

Kei dan Jimin terus menyebarkan risalah kepada 49 pasangan yang lain. Kelihatan mereka tertarik. Dan pasti kafe mereka penuh dengan pelanggan.

"Terima kasih saya ucapkan kepada majlis kerana memberi saya peluang untuk menyebarkan risalah ini. Saya amat berharap kafe kami akan semakin bertambah pelanggan sejak majlis ini." Kata Kei. Entah kenapa dia rasa macam nak menangis.

Mereka pun pulang dengan piala dan wang tunai sebanyak RM500.

"Woi! Kat mana pulak nak sembunyikan piala ni. Kejap lagi diorang nampak macam mana?" Soal Kei.

"Awak jangan risau. Pasal duit dengan piala saya yang akan terangkan." Kata Jimin.

Entah kenapa Kei rasa dia mula selesa dengan Jimin.

"Jimin, kita nak pergi mana lagi?" Soal Kei.

"Balik jom." Ajak Jimin.

"Boleh. Tapi aku lapar. Makan jom." Ajak Kei.

"Yelah. Jom." Kata Jimin sambil tersengih. Suke la woi dia ajak keluar.

Mereka terus makan di kedai makan yang berdekatan.

🍵🍵🍵

Mereka pun pulang ke kafe setelah mengisi perut.

Masuk je dalam kafe, tangan Kei dan Jimin ditarik oleh Sujeong.

"Ppali ya! Korang tak nampak ke pelanggan ramai gila sampai tak muat tempat duduk." Kata Sujeong.

Kei dan Jimin terus mencapai topi kerja dan jalankan tugas mereka.

🥤🥤🥤

5 minit sebelum kafe ditutup. Pelanggan mulai kurang dan papan tanda tutup diletakkan di hadapan pintu.

"Huh. Penat gila kerja hari ni." Keluh Kei.

"Eh jap. Korang tadi balik aku nampak macam bawak piala." Kata V.

"Macam ni cerita dia... bla...bla...bla.." bermulalah alkisah si Jimin. Panjang bebenor cerita dia. Sampai pelanggan pun dah balik semuanya.

"Jadi aku dah buat keputusan untuk duit ni." Kata Jimin.

"Keputusan apa?" Soal Sujeong.

"Tengok je eh." Kata Jimin lalu masuk ke dalam pejabat untuk berjumpa dengan tuan Kim.

Setelah 10 minit menunggu, akhirnya mereka keluar.

Kelihatan tuan Kim menepuk-nepuk bahu Jimin seperti seorang ayah yang bangga dengan anaknya.

"Terima kasih, Jimin. Kalau macam tu, saya balik dulu. Yang lain pun sama, jangan balik lewat sangat." Pesan tuan Kim.

Still Loving You | P.J.MWhere stories live. Discover now