Hero konon

106 12 14
                                    

Kei perhati sahaja Sujeong menikmati sup cendawan yang dibelinya di kedai segera sebelum pulang ke rumah.

Nasib baiklah Sujeong ni senang pujuk. Bagi makanan je hati terus cair dan tak marah-marah lagi.

"Sujeong, jangan marah lagi eh. Kau tu dahlah batuk selsema. Nanti kalau sedih, makin sakit. Ye."

Sujeong tanpa memandang Kei, hanya mempelahap sup sampai tak fikir apa-apa. Lapar betul ni. Dia hanya memberi respons angguk.

"Lepas ni makan ubat, terus tidur. Okey. Aku tidur dulu. Bye."

"Chahkaman. Kei, kajima." Bunyinya seperti merayu. Siapa yang tak sedih jika berpisah dengan housemate. Tambah pulak diorang kenal sejak high school.

"Jangan risau. Aku akan tangguhkan. Aku pun tak ready lagi nak tinggalkan kau."

Sujeong tersengih sampai telinga.

"Amboi. Tak ready nak tinggalkan aku ke, Jimin?"

"Hajima. Aku masih fikirkan lagi."

"Ehm. Keurae. Gomawo belanja aku makan malam-malam buta ni. Tau je kau yang aku ni lapar."

"Hehe, aku tahu yang kau ni tak pernah tak lapar malam-malam. Lagipun ni lah cara nak pujuk kau."

Sujeong sengih lagi.

"Aku tidur dulu."

🍿🍿🍿

"Ah choo!"

Seulgi menggaru hidungnya. Rasa gatal pulak. Dah kenapa pagi-pagi ni rasa sejuk. Seulgi selsema ke.

"Argh! Tak guna! Ni mesti sebab perempuan tu, aku terjangkit. Eeeee benci betullah. Aku dahlah susah nak sembuh." Rungut Seulgi dalam hati. Nampaknya dia seorang sahaja yang baru datang.

Pintu kafe dibuka dari luar. Seulgi mengharapkan Jimin yang membukanya tapi lain pula. Rasa sakit mata pulak tengok Kei dan Sujeong yang masuk dulu.

"Balik-balik muka dia. Menyampah betul aku."

"Se la mat pa gi kang seul gi !!!" Ceria saja sapaan pagi dari Sujeong. Seperti orang yang dah sihat. Sengaja ingin membuat Seulgi panas, Sujeong menghirup udara sedalam-dalamnya.

"Segarnya. Yes! Hidung dah tak sumbat! Dah sihat!"

Sujeong bersorak kegembiraan.

Seulgi berasa dadanya turun naik dengan tindakan Sujeong. Mukanya hanya menahan marah sampai hampir merah. Tangannya juga macam gatal nak lepas ke muka Sujeong.

Sujeong sengaja mengapikan Seulgi dengan membuat muka dihadapannya. Seulgi yang sudah tak tahan, mengangkat tangannya dan ingin menampar Sujeong.

Sujeong terlebih dahulu memejamkan matanya.

"Kang Seulgi!"

Sujeong membuka matanya. Terkejut juga dia melihat V menahan tangan Seulgi daripada mencederakan Sujeong.

Seulgi terus melepaskan tangannya. Geram dan masuk ke dapur dengan menghempaskan pintu.

Jimin yang daripada tadi menyaksikan semuanya hanya menggeleng melihat tindakan Seulgi yang ingin menampar Sujeong. Nasib baik ada romeo yang sempat selamatkan juliet nya.

Still Loving You | P.J.MWhere stories live. Discover now