Jealous ke?

134 15 18
                                    

"Bukan apa. Dia selalu kacau aku nak buat kerja. Tadi pagi je dia nak bagi aku nombor telefon. Nak tak nak, aku terima je lah." Kata Jimin.

"Kau jangan. Nanti Kei jeles macam mana? Makin susahlah kau nak dapatkan dia." Kata Sujeong.

"Ye. Itu aku tahu. Jadi sekarang ni kau kena tolong aku." Kata Jimin.

"No! Kau hantar sendiri." Tiba-tiba Kei mencelah.

"Awak lah tolong hantarkan." Kata Jimin.

"Boleh. Tapi kau kena ambik jadual aku hari ni." Kata Kei.

"Apa jadual awak hari ni?" Soal Jimin.

"Sebelum tu, aku nak main teka-teki." Kata Kei.

"Teka-teki apa?" Tanya Jimin yang jadi ingin tahu.

"Banyak-banyak jam. Jam apa yang ada kat tandas?" Soal Kei. Teka-tekinya sungguh senang. Jimin sudah terangguk-angguk faham.

"So, jadual awak hari ni bersihkan jamban?" Soal Jimin.

"Yup. Jamban. So, selamat berdating dengan jamban." Kata Kei.

Pesanan yang sudah siap, Kei letakkan ke dalam dulang.

"Meja nombor 7 siap!"

Kei membawa makanan tersebut ke meja nombor 7. Kelihatan 5 orang gadis sedang ketawa-ketawa. Apa entah yang lawaknya.

"Ni dia minumannya." Kei meletakkan minuman tersebut di atas meja.

Muka Seulgi berkerut. Ke mana Jimin? Bukan ke biasanya dia yang menghantar.

Baru sahaja Kei mahu pergi, Seulgi terlebih dahulu memanggilnya.

"Saya nak tanya. Mana pekerja yang bernama Jimin?" Tanya Seulgi.

"Dia... dia ada kat dapur." Jawab Kei. Ye. Dia geram. Jeles pun ada. Kenapa tiba-tiba tanya Jimin. Dahlah perempuan ni tak habis-habis datang kafe ni.

"Hmm. Tak pelah." Kata Seulgi.

Kei menunduk lalu berlalu ke tempat asalnya. Giginya diketap. Memang sakit hati. Tak guna!

"Kau dah kenapa tak habis-habis nak menjeling?" Soal Sujeong.

"Mana tak nya. Tiba-tiba perempuan tu tanya mana Jimin." Kei mencebik.

"Kau jeles kan?" Datang dari mana si Jimin ni. Tiba-tiba je muncul di hadapan mata Kei.

"Aku. Jeles? Jauhkan. Sikit pun tak." Kata Kei. Matanya menjeling.

"Yeke? Tipu." Kata Jimin sambil mendekatkan mukanya dengan Kei.

"Betullah." Kei tidak puas hati.

"Ok. Mari kita test Kei." Kata Jimin.

"Test apa hah?" Soal Kei.

"Tengok je lah." Kata Jimin.

Dia mengambil beberapa muffin dan diletakkan dalam pinggan. Dan terus menuju ke arah meja nombor 7. Ya. Meja red velvet.

"Hari ni ada promotion. Pembelian yang lebih dari RM50 akan mendapat percuma beberapa muffin." Dengan sopannya Jimin meletakkan pinggan di atas meja.

Mata Seulgi bersinar-sinar. Finally, dia muncul jugak.

"Hai Jimin." Sapa Seulgi.

"Hai, Seulgi." Balas Jimin.

"Wuuuuuuu." Red velvet saling mengusik mereka berdua.

"Eh, Jimin. Kenapa tangan awak kena balut tu?" Soal Seulgi risau.

"Oh. Cuma kena gelas kaca yang pecah." Jawab Jimin lalu tersenyum.

Still Loving You | P.J.MWhere stories live. Discover now