Nama aku alisa, seorang gadis yang menuntut ilmu di sebuah sekolah kluster di johor. Tahun ni, genap 5 tahun aku kat sini. Dah 2007. Cepatnya masa berlalu. Sama macam orang lain, aku juga mempunyai kawan baik aku sendiri. 4 orang semuanya. Termasuk aku, 5 lah kan. Salah seorang daripada kami bukan islam. Christine namanya.
Christine mempunyai satu hobi yang sedikit aneh. Dia terlalu menggemari kisah-kisah seram. Bukan setakat gemar, Christine obses. Dan tak hairanlah dia tak percaya benda hantu dan makhluk ghaib ni, sebab dia bukan islam. Christine yakin, benda macam tu tak wujud pun. Sekadar rekaan semata mata. Sampai satu masa tu, dia sanggup pergi ke tempat2 keras dan berpuaka yang orang ceritakan, semata-mata untuk mencari entiti yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. And she' okay with that. Takpelah takde orang teman pun, she'll go by herself. Katanya. Aku dan kawan kawan aku tak percaya yang dia sanggup pergi tempat macam tu. Takkanlah sampai macam tu sekali dia nak buktikan yang benda tu tak wujud? Haih. Siap buat video lagi, sebagai bukti dia pergi ke tempat2 puaka tu. Highland tower? Villa Nabila? Eleh. Kemon. Christine pergi sorang je weh. Alone! Tapi yang anehnya, memang christine tak pernah jumpa benda tu. Dalam video2 dia pun, tak pernah ternampak kelibat kelibat yang menyeramkan macam aku selalu dengar.
Satu malam tu, kami berlima study sama-sama kat bilik yang telah disediakan. Al maklumlah, f5 dah tahun tu. Kalau tak f5, tak tahulah masa ni tengah lepak kat mana. Selesai je semua homework, kitorang dah setuju nak makan maggi sama2. Sambil story story. Cerita apa lagi yang sesuai diceritakan malam jumaat kalau bukan cerita hantu? Last sekali turn aku. Aku sebenarnya ketandusan idea. Tak tahulah cerita apa lagi yang aku tak story kat kawan2 aku ni. Aku rasa semua aku dah cerita.
Akhirnya aku teringat tentang sebuah buku yang aku baca dekat library tahun lepas. KISAH SERAM SINGAPURA. Berdasarkan kisah benar, katanya. Tak tahulah benar itu benar atau tidak. Tapi aku tak tahu nak cerita ke tak. Gundah gulana dibuatnya. Aku takut, kalau2 christine buat apa yang akan aku ceritakan ni. Disebabkan kawan2 yang mendesak, jadi aku ceritakan jugak.
Permainan ni terkenal di singapura sekitar tahun 1980-an. Tak tahulah siapa pengasasnya, tapi ramai yang mencuba. Caranya begini, tepat jam 3 pagi, anda harus berdiri di hadapan cermin panjang (yang menampakkan keseluruhan badan anda, iaitu dari kepala hingga kaki) pegang sebatang bunga ros sambil mencabut kelopaknya satu persatu sambil tenung ke dalam mata bayangan anda sendiri. Pada masa yang sama, anda harus membuat kiraan 10 dalam keadaain terbalik. iaitu 10,9,8,7,6,5... dan seterusnya. Oh ya, kelopak bunga ros tu haruslah tercabut secara sempurna. Faham kan? Jika anda berjaya, anda akan mendapat tuah yang tidak disangka sangka. Jika anda tidak berjaya, anda akan melihat bayangan diri anda di dalam cermin tersebut pada masa hadapan.
Aku dah warning kawan2 aku, jangan buat benda tu. Takut terpesong akidah. Tapi apakan daya, Christine seorang yang tidak mempunyai pegangan agama. Dan cerita aku tu menarik perhatiannya.
Tapi selepas beberapa minggu aku perhatikan Christine, nampak gaya macam dia tak buat benda tu. Aku bukan apa, aku cuma risau. Kalau2 jadi apa2 dekat kawan baik aku yang sorang tu.
Cuti Semester bermula. Asrama dah mula sunyi. Hilai tawa junior junior ku berkurangan. Aku dan sorang lagi kawan batch aku, balik sedikit lambat memandangkan parents kami ada hal yang lebih penting untuk diselesaikan.
Kejap saja masa berlalu. Biasalah, kalau hal cuti, tak pernah cukup.
![](https://img.wattpad.com/cover/70719673-288-k126290.jpg)