Shared by ESTJBB
Thank you for sharing this story :)-----
Asalnya dari mimpi saya ( saya tahu macam tak masuk akal ) .
Dalam mimpi tu ada seorang perempuan cantik tapi mukanya pucat dan bersanggul ( macam Maya Karin dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu ) .
Perempuan tu selalu minta tolong dengan berkata , " Tolong aku . Kau satu-satunya pewaris aku . "
Saya nak bangun dari mimpi tu pun susah . Saya hanya boleh bangun dari mimpi tu bila tiba waktu azan atau orang yang kejutkan saya .
Mak saya cakap , hijab saya terbuka . Sebab tu boleh nampak benda tu . Kadang-kadang , kat dunia realiti pun saya terdengar suara perempuan tu .
Kadang-kadang bila malam jumaat , saya boleh nampak "perempuan" yang selalu singgah dalam minpi saya tu . Dia selalu tenung saya .
Akhirnya , saya pergi berubat dengan atuk . Atuk cakap yang "benda" itu kepunyaan arwah moyang saya sejak arwah moyang saya meninggal . "Benda" tu dah tak ada pewaris . "Benda" tu cuma nak CICIT PEREMPUAN PERTAMA (saya la tu) sahaja .
Alhamdulillah , sejak berubat , "benda" tu dah tak kacau saya lagi . Tapi , masa "dia" minta tolong tu , saya tak faham apa yang dia nak saya tolong . Jadi saya cakap lah tak nak tolong . Tapi tak sangka pulak makin teruk jadinya .
Kadang-kadang , lepas saya bangun tido , mesti badan saya lebam-lebam dan banyak kesan cakaran . Kat muka saya pun kena cakar jugak . Masa say berubat tu , atuk saya ada cakap yang "benda" tu yang cakar .
Sebab "dia" marahkan saya yang tak nak tolong dia .
Kejadian ini berlaku time umur saya 7 tahun .
---------------
Jom samasama baca work yang telah author ni buat . Best 😃👍
1. ONESHOT FANFICTION Imagine
2. Im Your Love
3. I In Love With Who ?#BacaJanganTakBaca
YOU ARE READING
Seram LAA SANGATTT
HorrorTakut ke tak , minat cerita seram ke tak , ikut suka hati kau la nak baca ke tak . Himpunan cerita-cerita seram tak tahu lah seram ke tak . Yang pastinya , pasti ada yang kata 'seram laa sangattt' setelah habis membaca SLS ini . 80% - Cerita benar-b...