42 | Hantu Polis ( Reader's Story )

514 59 29
                                    

Thank you to KGMJBBB  for sharing this story :)

Ok macam ni cerita dia. (Kisah benar)

Kat kawasan perumahan saya ni ada satu cerita. Cikgu saya ceritakan pada saya.

Beberapa tahun lepas, ada seorang lelaki ni dia polis. Orang panggil dia polis mat (bukan nama sebenar). Setiap hari mesti ada dengar bunyi moto lama dia tu. (K sempat lagi).

Suatu harilah, polis mat ni accident. Isi otak dia terkeluar termasuk isi perut dia sebab kena penyek ngan lori. Then, masa nak kafankan mayat dia darah asyik keluar tak henti henti. Lepas lebih kurang 10 kali tukar kain kapan barulah dapat.

Tapi waktu tu dah 12 tengah malam, imam kat masjid tu kata kena tunggu esok pagi sebab waktu malam tak elok kuburkan orang. Imam masjid pun pilihlah tiga orang lelaki jaga mayat polis mat tu. Nama diorang Atan, mail, saleh (bukan nama sebenar). Diorang pun setuju jelah s3bab nanti ustaz bagi cash kat diorang
Malam tu, diorang bertiga duduk kat pondok sambil bacakan yassin kat jenazah polis mat tu. Disebakan malam masih panjang, atan cadangkan diorang berjaga bergilir gilir sampai subuh. Mail ngan saleh pun setuju je.

Mula mula mail berjaga, atan ngan saleh apa lagi? Tidurlah. Masa dia jaga tu dia bacalah semua surah yang ada. Then lebih kurang jam 2.30 pagi dia dengar macam suara burung hantu. Mula mula dia biarkan, then dia dengar macam bunyi orang melompat lompat .

Mail dah rasa seram sejuk sebab bunyi tu macam makin dekat ngan dia. Agak lama jugaklah dia dengar bunyi tu. Then, dia rasa macam ada bunyi nafas kat tengkuk dia. Mail pun cubalah bangunkan saleh then cakap "Woi saleh! Bangun! Giliran kau!"

Saleh bangun then rasa pelik sebab lepas mail bangunkan dia mail terus tidur dengan muka takut. Saleh mula mula buat derk je. Dia pun sama macam mail, baca semua surah yang dia ingat. Lepastu dia macam dengar ada orang cakar besi pondok tu. Pondok tu dinding dia besi. Saleh menggigil sebab takut. Dia baca semua surah yang dia hafal. Waktu tu, cuma tuhan je tahu ketakutan dia masa tu. Lepas beberapa minit, bunyi cakaran tu dah hilang, Tapi diganti dengan bunyi orang melompat lompat. Lepas jam 4 pagi, saleh terus bangunkan atan sebab dia dah tak tahan.

Atan setakat baca yassin je. Masa pukul 5 pagi tu, dia dengar anjing menyalak. Dia jadi seramlah sebab aorang tua kata kalau ada anjing menyalak memalam buta means ada benda. Atan dah menggigil teruk dah . tiba tiba dia rasa macam ada orang bernafas kat tengkuk dia. Bila dia pusing belakang, dia nampak mayat polis mat di belakang dia.

Atan menjerit. Saleh ngan mail pun bangun sebab terkejut. Then, diorang bertiga menjerit lalu pengsan.

Lepas sedar je, diorang nampak imam masjid kat depan diorang ngan penduduk. Imam tanya apa yang terjadi dan mana mayat polis mat?. Diorang pun pandanglah keranda polis mat. Terkejut dorang sebab keranda tu kosong!. Diorang pun ceritakan semua dari A hingga Z

Sehingga kini, mayat polis joe tidak ditemui. Dikatakan, mayat polis mat berterbangan di kawasan datok kera (bukan nama sebenar) atau lebih tepat di atas sekolah saya. Jikalau ada yang mempermainkan hantu polis mat, malam itu mereka akan dinganggu oleh hantu polis mat.

Seram LAA SANGATTTWhere stories live. Discover now