Shared by chacha_ieyra
Thank you for sharing this story :)-----
Kisah ni berlaku masa aku dan pelajar kolej aku mengikuti satu kem ke Hulu Kedah. Masa aku sampai tu, aku tengok tapak kem tu macam seram. Yalah, belakang tu hutan tebal. Mana ada rumah orang sekitar situ. Hanya ada taman tema dan beberapa buah tapak rumah di situ. Jalan dekat situ pun lengang.
Jalan nak naik ke tapak kem kami kena mendaki bukit sikit. Tapak kem budak perempuan di sebelah kanan, manakala budak lelaki hujung nun di sebelah kiri. Jauh gila jaraknya.
Satu malam, kitaorang berkumpul dekat satu tempat. Almaklumlah malam terakhir, ingat nak buat bbq lepastu malam kebudayaan dengan night walk. Night walk sebenarnya nak buat malam masa kitaorang sampai tu. Tapi tak jadi. Dah berapa kali tunda oleh sebab yang tersendiri.
Sementara tunggu bbq siap, kitaorang semua bersembang macam biasa di antara satu sama lain. Tiba-tiba ada dengar suara orang menjerit. Ah sudah. Terus senyap kitaorang. Kawan aku pulak sorang masa tu tak sihat, so, dalam masa yang sama ada tiga orang teman dia naik dorm.
Aku dah risau. Lepastu aku dengar yang budak tu kena rasuk. Aku dah nak nangis. Aku cari kawan aku. Aku pegang tangan dia kuat-kuat. Aku cuba kuatkan hati. Diorang semua pakat baca yassin dan ayat qursi. Kawan aku cuba tenangkan aku.
Mata aku melilau jugakla sekeliling. Tak nak duduk diam! Aku pun tak tahu kenapa. Tapi, dekat satu part pokok ni, aku nampak macam ada benda putih. Tapi aku tak tengok. Aku cuma nampak daripada ekor mata aku aje. Sekejap ada, sekejap tak ada. Aku terus tunduk dan join diorang baca. Tapi, aku tak boleh baca time tu. Aku cuba bertenang.
Bila keadaan dah makin pulih, kitaorang makan macam biasa dan terus tak jadi buat malam kebudayaan and night walk semua. Mujur masa tu, ada tiga orang budak lelaki naik dorm kitaorang sebab nak fetch up kawan kawan aku yang naik ke dorm tadi. Diorang ada cerita yang diorang rasa seram jugak masa nak naik tu.
Budak lelaki yang dilantik untuk menjaga keselamatan semua pelajar ada lah tanya kat aku dan kawan kawan aku okay ke tak. Aku jawab aje lah yang aku okay. Sebab mungkin dia nampak aku diam aje kot.
Okay. Aku dahla duduk dorm atas. Masa nak daki bukit ke atas tu, of course takut! Tapi, ramai-ramai lah daki sekali. Berhadapan dengan dorm kitaorang tu pulak, ada satu banglo kayu yang dah usang. Dengar cerita banglo tu ada sejarah tersendiri. Okay.
Seram!
Depan banglo tu pulak ada satu pokok besar. Aku tak perasan pokok tu ada bunga ke tak. Tapi kawan aku cakap mula mula dia nampak pokok tu tak berbunga. Bila nak balik daripada kem tu, dia nampak pokok tu berbunga dengan lebatnya. Kawan aku nak ambil bawa balik, tapi dia dilarang oleh kawan aku yang seorang lagi. Kau gila ke hape nak amik?
Tapi aku pelik, memang la banglo tu berhadapan dengan dorm kitaorang, tapi yang kena kacau dorm bawah.
I wonder why.
Satu dorm kitaorang ada ramai. Ada tilam ajelah. Katil tak ada. Tilam aku betul-betul tepi pintu. Shit! Mahu tak takut lepas kejadian tadi. Masa aku nak tidur, aku suruh kawan aku tidur sebelah aku. Aku takut! Bila nak tidur tu, mata aku tak nak lelap. Ini yang aku benci.
Aku dengar ada suara orang gelak-gelak. Okay. Itu membuatkan darah aku berderau. Semua dah tidur aku rasa time tu. Lampu pun dah tutup semua.
Aku tutup jugak mata sampai terlelap. Esoknya aku cerita kat kawan kawan aku. Diorang kata dorm sebelah kot yang gelak-gelak. Okay. Itu membuatkan aku lega sekejap.
Masalahnya, diorang gelak pasal apa malam-malam lepas kejadian tu? Atau mungkin bukan manusia yang aku dengar tu? Masa aku dengar tu orang tu gelak macam sedikit bergema.
Aku tak tahu and tak nak tahu. Lalu, aku pun malas nak layan. Tapi, betul ke itu diorang?
---------------
Jom samasama baca work yang telah author ni buat . Best 😃👍
YOU ARE READING
Seram LAA SANGATTT
HorrorTakut ke tak , minat cerita seram ke tak , ikut suka hati kau la nak baca ke tak . Himpunan cerita-cerita seram tak tahu lah seram ke tak . Yang pastinya , pasti ada yang kata 'seram laa sangattt' setelah habis membaca SLS ini . 80% - Cerita benar-b...