Bab 1

434 4 0
                                    

''Sha! Sha! Budak ni pergi mana hah? ''Mak Cik Mona bercekak pinggang.Dari tadi lagi dia mencari anak sedaranya.Perutnya sudah lapar.Apa yang membuatkannya berang adalah nasi belum ditanak,lauk tidak terhidang.
''Ya,mak cik.''Kelihatan Shazira masuk ke rumah tergopoh-gapah.Dia memegang bakul kosong.
''Kau pergi mana hah?! Tau tak aku dah lapar?Kau pergi mana? Mengorat? Hah! ''Mak Cik Mona menarik rambut Shazrina.Shazrina mengerang kesakitan.Bakul di tangannya tercampak.
''Mak cik.Sakit.Sha minta maaf.Sha baru balik ambil duit kuih.Hari ni kuih habis awal.''Kepalanya terasa pedih.
''Sekarang kau pergi masak.Aku lapar.Pergi! ''herdik Mak Cik  Mona.Dia melepaskan rambut Intan Shazira dan terus berlalu dari situ.Memang Intan Shazira anak sedaranya,darah dagingnya.Tetapi layanannya kepada Shazira tidak seperti sepatutnya.Intan Shazira dilayan seperti hamba untuk menyediakan makanan untuknya dan mencari duit untuk lauk pauk.Hasil duit kuih-muih Intan akan diambilnya dengan alasan arwah ibunya telah berhutang dengannya.Intan Shazira hanya menurutinya.

Intan berlalu dari situ sambil mengutip semula bakulnya.Air matanya diseka.Dia sudah lali dilayan sedemikian rupa.Dia meletakkan duit hasil jualannya diatas meja di dapur.Dia terus melakukan rutin hariannya di rumah itu.Memasak,mengemas dapur dan menyapu rumah.
Ibunya telah meninggal dunia kerana demam panas.Bapanya telah lama meninggal dunia.Dia adalah anak tunggal.Dia tinggal bersama nenek tetapi untuk melangsaikan hutang arwah ibunya yang mencecah ribuan ringgit,dia harus berulang-alik ke rumah mak ciknya untuk melakukan kerja-kerja dapur.Dia yang dibesarkan dengan hanya bersekolah sehingga tingkatan tiga sahaja,tidak mampu untuk mencari kerja dibandar.Jadi dia hanya lakukan kerja-kerja kampung sahaja.

''Oi,Mona lenggang kau kan. Tak memasak ke? Dah tengahari ni? ''tanya Mak Cik Bedah,jiran tetangganya.
''Kau ni Bedah.Si Mona ni mana pernah masak.Dia kan ada anak sedara.Semua anak sedara dia buat la.Rajin kau tau budak tu.''jawab Mak Kiah,jirannya.
''Oh,ye ke.Aku jarang pulak nampak.''
''Alah,aku selalu nampak.Dia buat kuih,hantar dekat warung Semat hujung kampung tu.Sedap betul kuihnya.Macam mana kau nak nampak,dia datang sini sebelum Subuh tu.Lepas Zohor dia balik rumah nenek dia,kan Mona? ''tanya Mak Senah ingin kepastian.
''Kau orang jangan nak sibuk hal aku.''jawab Mak Cik Mona sepatah.
''Kesian budak tu.Muda -muda dah kena sara orang tua ni. ''sakat Mak Cik Bedah.
''Kau tak tahu, arwah mak dia ada hutang dengan aku.Siapa lagi nak bayar kalau bukan anak pelacur tu.Tanggung la.''balas Mak Cik Mona mula berang.
''Astagfirullah,Mona.Kakak kau dah meninggal dah pun,halalkan je la.''
''Dah la.Layan kau orang,tak habis.Masuk dulu la, panas.''Mak Cik Mona berlalu dari situ.
''Hish Mona ni.Sibuk suruh anak orang cari duit.Anak dia entah jadi orang ke dah tak.Si Khairi tu.''bisik Mak Senah.

BadaiWhere stories live. Discover now