''Nek,Sha pergi rumah Mak Cik Mona dulu.Jaga diri baik-baik.Assalamualaikum.''Dia berlalu setelah mendengar neneknya menjawab salam.Langkahnya dimulakan dengan
Basmallah.Pagi itu,Mak Cik Mona tiada di rumah.Pukul 10 pagi lagi dia telah mendapatkan teksi ke bandar untuk ke kedai emas.Intan Shazira melakukan rutinnya seperti biasa.
''Sha,buatkan abang kopi.''Tiba-tiba ada suara lelaki menegurnya.Intan Shazira yang terkejut berpaling. Khairi yang hanya memakai 'boxer' berada betul-betul dibelakangnya.Khairi mengambil tempat di meja makan di dapur ibunya sambil tajam merenung susuk tubuh Shazira.
''Baik.''Dia jawab sedikit gugup.Dia malu dan tidak selesa melihat keadaan sepupunya itu dalam keadaan separa bogel.Setelah airnya siap dibancuh dia berpaling dan meletakannya diatas meja.
''Terima kasih Intan.Eh,Intan tak pergi kerja ke hari ni? ''tanya Khairi sambil menghirup kopi buatan Intan Shazira.Dari mula Intan Shazira datang ke rumahnya,Khairi sudah tertarik dengan kopinya.Termasuklah empunya badan.Intan Shazira mempunyai raut wajah yang manis.Tubuhnya juga genit, tidak terlalu pendek sangat memukaunya.Tetapi sayang,Intan Shazira selalu mengenakan tudung di kepalanya dan memakai pakaian yang longgar-longgar sahaja.
''Sha kerja lepas zohor ni.Abang nak makan ke? Sha hidangkan.''Dia bercakap tanpa menoleh.Sengaja disibukkan dirinya.Dia takut melihat renungan tajam sepupunya itu.
''Abang tak nak makan ni.Abang nak makan Intan.''Khairi mendekati Shazira yang berdiri membelakanginya.Shazira mula resah mendengar jawapan Khairi.
''Boleh? ''Dengan pantas Khairi memeluk pinggang Shazira.
''Ab.. Abang,Sha nak keluar.Pergi siram bunga.''Dia segera menepis tangan di pinggangnya dn terus berlari pergi dari situ.Khairu tersenyum sinis sambil menjilat bibirnya.Dia berlalu dari dapur itu.
YOU ARE READING
Badai
RomanceAku hanya anak kampung.Tiada harta.Membesar tanpa ibubapa.Tidak pernah merasa apa itu bahagia.Hanya layak dijadikan permainan mereka. Dan dia.Orang bandar yang berkerjaya.Ibubapanya punya pangkat dan harta.Segalanya terhidang di depan mata.Apa kehen...