Bab 9

1.6K 1 0
                                    

Shazira pulang dengan hati yang hiba.Dia cuba cari kedai runcit yang memerlukan pembantu,tetapi hampa.Mungkin tiada rezeki hari ini.Esok dia akan cuba lagi.

''Sha.Balik pun kamu.''Pak Semat yang sedang berbual dengan Mak Teh menegurnya.
''Eh,Pak Semat.Lama dah sampai? ''
''Aah,lama dah.Nak balik dah pon.''
''Kenapa Sha tak bagitahu nenek,Sha dah boleh hantar kuih.Patut la Sha dah tak buat kuih.Sha pun tak cakap yang Sha dah berhenti kerja kilang.''Shazira terdiam.
''Sha minta maaf nek.''
''Tapi Sha tengah cari kerja baru.Jadi,nek jangan risau.''Sha tersenyum.
''Macam ni la Sha.Sebelum ada gerai, Pak Semat berkerja sebagai pemandu di KL.Majikan Pak Semat memerlukan pembantu rumah sekarang ni.Pak Semat dah bincang dengan nenek kamu.Dia suruh tanya kamu sendiri.Kamu nak ke tidak? ''Shazira seperti memikirkan sesuatu.Jika dia terima,neneknya di kampung, keseorangan.Jika tidak,mereka berlapar.
''Maafkan Mak Jemah kamu ya.Dia memang macam tu.Sha,Pak Semat hanya boleh tolong dengan cara ini.Pak Semat tak se harta nak dihulurkan.Sha fikirkan dulu ya.Bila-bila,kalau Sha sudah bersedia,Pak Semat akan hantar Sha ke sana.Balik dulu Mak Teh.''Shazira memandang kosong Pak Semat yang sedang berlalu.Hatinya berbelah bahagi.

''Nek jaga diri baik-baik.Sha akan telefon nek hari-hari.''Mukanya sembap kerana menangis.Dia tidak pernah meninggalkan neneknya seorang diri.Dia tidak mahu pergi tetapi dia perlukan wang untuk makan. Dia perlu kuat.
''Dah,jangan menangis lagi.Nek pandai jaga diri.Sha pun,jaga diri disana.''Dia memeluk kejap tubuh cucu kesayangannya itu.Hati tuanya mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kepada cucunya itu.Akhirnya,kereta Pak Semat meninggalkan perkarangan rumah Mak Teh.Shazira masih dalam tangisannya.

BadaiWhere stories live. Discover now