''Sha,minggu depan Sha kerja ke? ''Intan Shazira sedang membasuh pinggan. Mereka baru sahaja selesai makan malam.
''Kerja la nek.Kenapa nek? ''
''Kawan nenek kampung sebelah.Anak dia kahwin.Dia nak sangat nenek pergi.Tak sampai hati pulak nenek nak tolak.''
''Ouh,nenek pergi je la.Sha ok je tinggal sini.''jawab Shazira.
''Nenek tak harap la Sha tinggal sorang.Nek mungkin bermalam di sana.Tiga hari mungkin.Sha pergi la tinggal dengan Mona tu.Untuk tiga hari je.''Shazira tidak mahu neneknya risau.Walaupun berat hatinya ingin menumpang di rumah mak ciknya itu,demi neneknya dia hanya mengangguk setuju.''Kau nak ke mana tu Khai? ''Mona menegur anak terunanya itu.Keluar malam sahaja kerjanya.
''Makan la mak.Lapar.Mak bukan masak pun.''Sejak En Halim meninggal,Mona tidak lagi menguruskan hal rumahnya.Semua disuruhnya Intan Shazira.
''Amboi,mulut kau Khai.Pergi je la dapur,suruh Sha masak.Apa yang susahnya.''matanya tidak lepas dari televisyen.Khairi terhenti melangkah.
''Intan? Dia buat apa kat sini ma? Dah malam.Takkan tak balik lagi? ''tanya Khairi ingin tahu.
''Nenek kau kene pergi seberang.Budak bedebah tu terpaksa la tumpang sini.''
''Lama ke ma Intan tinggal sini? ''
''Lusa balik la.Dah la.Mama nak tengok Rosyam Nor ni.Jangan kacau mama.''Khairi tersenyum.Di sebalik senyuman itu,tiada siapa tahu.''Sha! Sha! ''tempik Mona.
''Ya mak cik.''Intan Shazira berlari mendapatkan 'maam' itu.
''Mana baju aku? Dah iron belum? ''seperti majikan mengarah orang gajinya.
''Dah.Ini mak cik.''Dia menghulurkan Jubahnya.Dia tidak tahu mak ciknya mahu ke mana.Dia tidak berani menanyakan tentang itu.Tetapi kelihatan seperti mahu ke bandar.''Pewitt.Mama nak ke mana ni? Cantiknya.''Khairi yang hanya ber 'boxer' menegur ibunya.Jam menunjukkan pukul 12 tengahari.Pelik melihat ibunya bersolek.
''Khai kenal tak Cik Senah.Alah,yang duduk belakang kebun sawit tu? ''Khairi menggeleng.
''Hmm,dia dah pindah ke bandar.Dia ajak melawat rumah dia.Mama bermalam kat sana tau.Mana tahu,nanti-nanti kit pun boleh pindah ke sana.''
''Hmmm,ada-ada je mama ni.Mama nak Khai hantar ke? ''
''Tak payah. Kejap lagi dia datang.''
YOU ARE READING
Badai
RomanceAku hanya anak kampung.Tiada harta.Membesar tanpa ibubapa.Tidak pernah merasa apa itu bahagia.Hanya layak dijadikan permainan mereka. Dan dia.Orang bandar yang berkerjaya.Ibubapanya punya pangkat dan harta.Segalanya terhidang di depan mata.Apa kehen...