Rutin Shazira telah berubah.Sudah seminggu dia diberhentikan. Kini,dia hanya bergantung harap kepada jualan kuihnya.Dia membuat dua kali ganda lebih daripada dahulu.
''Assalamualaikum.''sapa Intan Shazira.Hari ini bukan Pak Semat yang menjaga gerai sebaliknya isterinya, Mak Cik Jemah.
''Mak cik sihat? ''tanya Shazira sopan.Bakul kuih di tangan di pegang kemas.
''Hah,kau buat apa datang sini? ''tanya Mak jemah bengis.
''Saya nak hantar kuih.''
''DAH.Mulai hari ni,kau tak payah hantar-hantar kuih kau ni. ''Jawapan Mak Jemah membuatkan Shazira terkesima.
''Kenapa mak cik? Selama ni memang Sha hantar dekat sini je''
''Aku kata tak payah,tak payah la.Dah,berambus.Kau dengan mak kau sama je.Pelacur.Gatal jantan.''Jika orang selama menghina dirinya,dia tidak mengapa.Sedih hanya sebentar,ia akan terubat semula.Tetapi jika dikaitkan dengan arwah ibunya,dia lemah.Dia sedih.
Bukan salah arwah ibunya,arwah bapa kahwini ibu.Menyayangi ibu.Ibu tidak tahu yang adiknya Mona menaruh hati kepada arwah bapanya.Langsung,dia dituduh perampas.''Awalnya Sha balik? ''Mak Teh yang sedang memetik cili menegurnya.Intan Shazira tidak tahu untuk menjawab apa.Tentang dia diberhentikan juga tidak diberitahu kepada Mak Teh.Dia tidak mahu neneknya risau.Terlalu banyak dia berahsia.Ya,terlalu banyak.
''Kenapa sejak dua menjak ni,nek tengok Sha murung je.Sha sakit ke? ''Sha terdiam.Ya,sejak kejadian malam itu,Shazira menjadi pendiam.Tidak ceria seperti selalu.Dia takut,benih itu bercambah,menghasilkan zuriat.Bagaimana nasibnya nanti.Dia hanya tawakkal.
''Mana ada la nek.Sha sihat.Nenek je rasa macam tu.''Dia berpura-pura senyum.Pedih.
YOU ARE READING
Badai
RomanceAku hanya anak kampung.Tiada harta.Membesar tanpa ibubapa.Tidak pernah merasa apa itu bahagia.Hanya layak dijadikan permainan mereka. Dan dia.Orang bandar yang berkerjaya.Ibubapanya punya pangkat dan harta.Segalanya terhidang di depan mata.Apa kehen...