Bab 4

268 2 0
                                    

''Ni duitnya Sha.''kata Pak Semat.Dia menghulurkan dua keping RM50.
''Wah,banyaknya Pak Semat.Dua kali ganda daripada yang biasa ni.''Dia teragak-agak untuk menerima wang tersebut.
''Hari ini untung lebih sikit.Ramai benar gemar dengan kuih kamu ni.RM20 tu,Pak Semat sedekahkan pada kamu.''Pada mulanya, berat hati Intan Shazira untuk menerimanya.Setelah Pak Semat mengatakan yang dia benar-benar ikhlas,barulah dia menerimanya.
''Baiklah,saya balik dulu Pak Semat.Assalamualaikum.''Dia lalu beredar dari situ.

''Oii,Jemah.Tengok tu.Bukan main banyak laki kau bagi duit dekat budak tu.Laku sangat ke kuih dia tu? ''
''Aah la Jemah.Baik betul Semat tu dengan budak tu.Ada apa-apa ke? ''
''Kau ingat Jemah mak budak tu pelacur dulu.Mana la tau turun kat anak dia pulak.Goda laki kau pulak,berputih mata la kau yang dah tua ni.''Mak Jemah terdiam.Mengiakan pun tidak,menidakkan pun tidak.

''Nek tengah buat apa tu? ''sergah Shazira.
''Opocot. Alahai Sha ni,terkejut nek la.Keras nek kat sini,baru tahu.''Kata Mak Teh sambil mengurut dadanya.
''Nek jangan la cakap macam tu.Nek siram pokok bunga ya.Mari Sha tolong.''Baldi yang penuh dengan air itu telah pun bertukar tangan.
Tiada apa yang dapat dibanggakan tentang tempat berteduh mereka itu.Sudah la usang,terpinggir dari orang kampung pula tu.Tapi bagi mereka,ia lebih baik daripada menumpang rumah Mona yang banyak songehnya itu.Sehingga sekarang dia tidak tahu punca sebenar Mona bencikan Intan Shazira.Mak Teh hanya mampu doakan yang terbaik sahaja kepada anak bongsunya itu.

BadaiWhere stories live. Discover now