''Datin.Saya perkenalkan.Ini Shazira.Pembantu rumah baru datin yang saya beritahu baru-baru ini.''Datin Sofia memandang Intan Shazira dari atas ke bawah.
''Oh,boleh buat kerja ke ni.Muda sangat.Pak Semat,saya tak nak.. ''
''Datin.Saya janji,saya akan buat yang terbaik.Saya boleh buat semua kerja-kerja dalam rumah ini.Inshaallah, datin.Saya sangat perlukan kerja ini.''Intan Shazira memotong kata-kata Datin Sofia.
''Hmm,baiklah.Pergi letak semua barang awak di bilik belakang.Lepas tu tolong sediakan makan malam.''Intan Shazira hanya menuruti perintah majikan barunya itu.Dalam hatinya,dia berdoa agar semua akan baik-baik saja.''Wah,mama.Siapa yang nak datang malam ni? ''tanya Dato sebaik sahaja melihat lauk pauk yang terhidang di atas meja.Setahunya,Datin Sofia jarang memasak.Semua tugasan rumah diserahkan kepada Mak Jah,bekas pembantu rumahnya.Oleh kerana,dia sudah tua,anak perempuannya suruh berhenti kerja.Selepas itu,tiada lagi lauk pauk terhidang diatas meja.Samada makan di luar ataupun dibungkus dari kedai la jawabnya.
''Mana ada siapa nak datang.Abang ni,asyik nak perli Sofia je kan.Petang tadi,Pak Semat hantar pembantu baru. Ala,budak dari kampung dia.''jawab Datin Sofia sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan suaminya itu.
''Oh,ye ke. Tak panggil makan sekali ke? ''Pertanyaan dato dibiar sepi.Datin Sofia tidak suka pembantu rumah makan semeja dengannya.Dianggap tarafnya lebih tinggi. Dia yang membayar gaji mereka jadi dia rasa dia harus dihormati.Kadang-kadang dia pelik, dato suka melayan dan berbuat baik kepada orang-orang bawahannya.Pagi ini,Intan Shazira menyediakan Nasi Goreng Cina,Kuih Karipap dan air Teh sebagai sarapan pagi.
''Dato..Silakan.''Dia sedikit terperanjat. Ketika itu dia sedang menghidangkan makanan.
''Wah,sedapnya nampak nasi goreng ni.''Intan Shazira hanya tersenyum.Datin Sofai mencebik.
''Abang tak cakap suka nasi goreng cina.Sofia pun pandai.''Dato Fazirul hanya menjongketkan bahunya.Intan Shazira berlalu ke dapur.Masih banyak kerja yang dia perlu selesaikan.
''Abang ada jumpa Danial tak dekat pejabat? Sofia rindu la dekat dia.Dah lama tak balik rumah ni?Asyik duduk dekat kondo dia je.Balik la sini sekali-sekala.''Luah Datin Sofia.Dato Fazirul berhenti menyuap nasi.
''Saya tak faham la awak ni.Dulu beriya sangat hadiahkan kondo tu dekat dia.Sekarang,mengeluh pulak budak tu tak balik rumah.''
''Ish,abang ni.Saya bukan apa,anak saya sorang tu je abang.Bila dia dah besar,sunyi.Nanti kalau abang jumpa dia,abang suruh dia balik tau.Saya nak jumpa dia.Rindu la.''
''Apa la Sofia ni.Dia dah besar.28 tahun dah.Tak payah nak rindu la.Awak ni asyik sunyi je,nak baby lagi ke? ''gurau Dato Fazirul.
''Abang ni, ke situ pulak.''Dato Fazirul menyambutnya dengan gelak tawa.
YOU ARE READING
Badai
RomanceAku hanya anak kampung.Tiada harta.Membesar tanpa ibubapa.Tidak pernah merasa apa itu bahagia.Hanya layak dijadikan permainan mereka. Dan dia.Orang bandar yang berkerjaya.Ibubapanya punya pangkat dan harta.Segalanya terhidang di depan mata.Apa kehen...