Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.Maghrib hampir tiba tetapi kelibat cucunya itu masih tidak kelihatan.Dia mula risau.
''Assalamualaikum,nenek''Intan Shazira masuk ke rumah sambil membawa beg kecil.Ke mana sahaja dia pergi,dia pasti membawa beg kain telekungnya itu.
''La,Sha pergi mana? Kenapa lewat balik ni? ''Mak Teh menepuk-nepuk lantai kayu, menyuruh Shazira duduk di sisinya.
''Sha minta maaf nek.Tadi Sha lewat masakkan tengahari untuk mak cik,jadi mak cik suruh kemas rumah dia.Nek dah makan.''Mak Teh terdiam.Mona sudah keterlaluan.Cerita lama di ungkit-ungkit sampai ke hari ini.Dia sedih melihat cucunya diperlakukan begini.Intan Shazira sangat polos.Tidak dapat dibayar hutang arwah ibunya menggunakan wang,dibayar pula melalui menjadi hamba Si Mona.
''Dah.Nek dah makan.Esok Sha pergi kilang tak? ''dia mengusap-usap kepala Intan Shazira yang dilitupi tudung itu.
''Pergi la nek.Minggu depan Sha dapat gaji.Kita boleh makan sotong nek.''Dia tersenyum sendiri.Sambal sotong buatan neneknya sangat sedap.
''Tak payah la.Sha beli la tudung baru ke,baju ke.Nenek lagi suka makan ikan.Sihat juga.''Dia kasihan melihat Intan Shazira.Esok,pagi-pagi lagi dia akan bangun untuk buat karipap.Lepas itu,bersiap untuk ke rumah Mona.Lepas Zohor,dia perlu ke kilang roti pula sehingga malam.Dia bukan tidak melarang Shazira memberi hasil jualan kuihnya kepada Mona,sudah banyak kali.Tetapi, Shazira berkeras juga mahu memberinya.Dia tidak mahu hutang arwah ibunya tidak berbayar.
''Takpe la nek.Banyak lagi baki nanti.Ok la nek,Sha nak mandi dulu.Maghrib nak masuk dah.Kita solat sama-sama ya nek''Intan Shazira terus berlalu menuju ke bilik air.Mak Teh hanya mampu tersenyum.
YOU ARE READING
Badai
RomanceAku hanya anak kampung.Tiada harta.Membesar tanpa ibubapa.Tidak pernah merasa apa itu bahagia.Hanya layak dijadikan permainan mereka. Dan dia.Orang bandar yang berkerjaya.Ibubapanya punya pangkat dan harta.Segalanya terhidang di depan mata.Apa kehen...