Bab 18

1.2K 7 2
                                    

Selesai sahaja majlis pernikahan mereka,Pak Semat minta diri untuk pulang ke kampung. Dato Fazirul menyuruhnya untuk makan malam di situ tetapi ditolak lembut olehnya.
Hati Shazira tidak keruan.Sekelip mata dia telah bergelar isteri.Tiada tempat untuk dia mengadu ketika ini.

''Jemput makan dato,
datin.''kata Shazira apabila dia terserempak dengan mereka ketika sedang menghidang makanan.
''La,apa dato datin lagi.Panggil papa mama.Sekarang Sha menantu kami.Dah,jom makan sekali.''
''Abang biar betul.Danial kahwin dengan dia sebab company ok.Tak payah nak tumpang senang pulak.''Sedih Shazira mendengar tohmahan Datin Sofia.
''Ma,Danny balik dulu.Letih la hari ni.''Danial menuju ke pintu utama.Tadi dia naik atas untuk mandi usai majlisnya tamat petang tadi.
''What do you mean by balik? Malam ni,you are going to stay here.With your wife.Shazira pindah ke bilik atas.''Danial tercengang.
''Abang ni kenapa? Paksa2 Danial bagai.''Kata Datin Sofia,tidak puas hati.
''Sofia,sampai bila awak nak manjakan dia,ikutkan kehendak dia.He must know, what responsibility is. ''
''Pa,Danny terima dia as my wife pun dah cukup baik.''
''Danial, you must treat her well or else,kamu tahu kan apa papa boleh buat.''Kata Dato Fazirul berbaur ancaman.
Danial perlahan-lahan mengambil tempat di meja makan.Shazira membeku di sisinya,tidak  terlintas di benak fikirannya untuk mencampur tangan.

Shazira hanya menurut perintah Dato Shazira.Dia akan tinggal sebilik dengan Danial.Dia tahu,Danial sangat memarahinya.Tetapi dia juga tidak minta perkara ini terjadi.
Selepas Isyak,dia naik ke tingkat atas.Dia mengetuk pintu bilik Danial beberapa kali tetapi tiada sahutan.Dia masuk perlahan-lahan.Dia kagum melihat susunan perabotnya.Sangat mewah.Biliknya sahaja sebesar sebuah pondoknya di kampung.Bilik itu lengkap dengan bilik air.
''Kau buat apa kat sini? ''Lamunan Shazira terhenti dek suara garau di belakangnya.Dia berpaling.Mata Danial menikam tepat di wajahnya.Dia serba salah lantas melangkah untuk berlalu dari situ.Dia mengambil keputusan untuk tidur di bawah sahaja.
''Kau nak pergi mana? ''Dengan pantas die mencengkam lengan Shazira.Sakit.Shazira mula menangis.Tangannya terasa pedih.
Danial berang melihat  Shazira hanya diam,tidak membalas pertanyaannya.Satu penampar hinggap di wajahnya.Shazira terjatuh.Mukanya terasa kebas.
''Hei perempuan sebab kau my life going ruined.Kau memang tak guna.Jangan harap kau dapat sesen pun dari aku.''Dia merentap tudung Shazira dari belakang.
''Kau dengar sini baik-baik.Aku takkan terima kau dalam hidup aku.Ingat dalam kepala otak ni.Perempuan sundal.''Dia menunjal kepala Shazira.
Malam itu,Shazira tertidur dalam dalam linangan air mata di atas sofa bilik Danial.

BadaiWhere stories live. Discover now