Bab 14

1.1K 3 0
                                    

Majlis Perasmian Chalet Chan Holdings berjalan lancar dengan begitu gilang gemilang sekali.Ramai tetamu VIP dan terhormat hadir. Chalet Chan Holding merupakan cawangan pusat peranginan yang ke-7 dibuka.Chan Holdings mempunyai 4 buah hotel mewah di sekitar Kuala Lumpur,2buah chalet di pantai timur,sebuah di Melaka dan yang terbaru di ibu negeri bagi Negeri Sembilan.
''Wah,your son are so great.Chan Holdings is much better now.Syarikat you makin maju ya.Nanti dah kaya,jangan lupa kawan aaa.Hahaha.''seloroh Dato Yan Jin.
''Eh,mana boleh lupa.Business ni macam ini la.Ada kala naik ada kala turun.Mana boleh lupa kawan.Eh,silalah makan.Yan.Makan sampai kenyang tau.Hahahaha''Dato Fazirul begitu mesra dengan partner2 business nya.

''Encik Danial.Esok 8 pagi,wartawan dari Majalah Usahawan akan datang ke sini untuk jumpa encik.Mereka ingin tahu tentang development Chan Holding.Saya dah arrange minit mesyuarat untuk esok.''Kata Linda,setiausahanya.
''Baik Linda.''

''Wow Sofia.Anak you dah la smart,usahawan muda pulak tu.Tak kan nak membujang je? ''tanya Datin Hashima. Dia mengerling ke arah Danial Chan yang sedang sibuk melayan tetemu VIP yang hadir.
''Hahaha,I ikut dia je.Kalau dia dah ada pilihan hati,I on je.Budak sekarang mana la nak suruh kita carikan. You pun tahu kan.''Datin Hashima hanya mengangguk tanda mengiakan.
Jam menunjukkan jam 6 p.m. Namun dewan majlis perasmian masih dipenuhi tetamu.

Intan Shazira termenung di balkoni.Dia tidak tahu untuk berbuat apa.Datin sudah memberitahunya awal-awal lagi bahawa mereka sekeluarga akan menghadiri lunch event.Jadi dia tidak perlu masak lebih,hanya untuk dirinya sahaja.
Setibanya dia di situ,awal pagi tadi,dia terkejut melihat chalet penginapan mereka.Sangat besar dan betul-betul di tepi pantai.Chalet tersebut mempunyai empat bilik.Dia memilih untuk memilih bilik di bahagian belakang sekali.
Dia ada terdengar perbualan Dato dan Datin semasa dalam perjalanan bahawa anak lelaki mereka akan tinggal bersama mereka cuma menaiki kenderaannya sendiri kerana dia bertolak lewat sedikit.Semasa dia di dapur tadi,dia ada juga terdengar suara lelaki yang memanggil ibunya untuk membetulkan tie nya.Intan Shazira tersenyum mengingatkan itu.Ya,sudah lama dia tidak merasa situasi bersama keluarga seperti itu.
Sekali lagi,dia terasa rindu kepada neneknya. Dia bernekad,minggu depan dia akan pulang ke kampung.Rindu di hatinya sudah berbuak-buak.
Kepalanya terasa sedikit pening.Mungkin pening terkejut kerana menginap di chalet mewah ini.Hahaha.Dia mencari panadol dan menelannya.
Beberapa minit setelah itu,dia terlena.

''Hai sayang.''
''Oh,hai.U datang dengan siapa? ''tanya Danial Chan.Mereka berpelukan.
''I datang dengan daddy.Mana mummy you? ''Di mata Danial,Shiela sangat seksi pada malam itu. Dress nya sangat singkat,hanya separas paha dan dadanya terdedah.
''Jom,I bawa you jumpa mama. ''Dia menarik tangan Shiela lembut.

''Mama,guess who wants to meet you? ''gurau Danial setelah mendapatkan mamanya.
''Shiela.Long time no see.Wow,you look so gorgeous.Patut la Danny langsung tak lepas tangan tu.Takut orang lain kidnap you.''Danial hanya tersenyum.Pada pandangan Datin Sofia,mereka kelihatan begitu serasi.Dia tidak menghalang jika anak terunanya itu mempunyai hubunga yang sirius dengan anak Dato Farhan itu.
''Tak de la auntie.Auntie pon,apa kurangnya.Gorgeous jugak.''tangannya kejap memegang tangan Danial.Sengaja menunjuk keintiman mereka di khalayak ramai.
''Mana mummy Sheila? ''
''Ouh,sorry auntie.Mummy tak ikut sebab dia pergi melawat kawan dia di Melbourne.Sheila tak ikut mummy sebab jadual pack sangat.Ni pun baru habis shooting,then terus ke sini.Takut pulak ada orang merajuk.''Dia mencuit dagu Danial.Datin Sofia hanya tersenyum.Model terkenal seperti Sheila,untung siapa yang dapat.Dato Farhan juga merupakan salah seorang business la partner suaminya.
''Eh,Shiela pergi la makan.Baru habis shooting,mesti penat.Danny pergi bawa Shiela. ''Datin Sofia mengundur diri,menberikan ruang kepada mereka untuk bersama.

Tetamu sudah beransur pulang.Hanya tinggal kakitangan CH sahaja.
''Mama,saya rasa sakit kepala pula.Saya ingat nak terus balik KL la lepas ni.Tak selesa pulak bermalam dekat sini.''kata Dato Fazirul smbil memicit -micit kepalanya yang sudah mula berdenyut.
''Oh,ye ke pa.Kalau macam tu,saya ikut je.Barang kita,nanti saya pesan dekat Shazira sahaja.Biar dia balik dengan Pak Murad.''Dato Fazirul hanya mengangguk.

BadaiWhere stories live. Discover now