bak adat
bila mana mereka cuba mencorak topeng
dan mencipta lakonan
meminjam bahu
" sabarlah "
carutan sialan apa yang kalian sampaikan ?
boleh sabarkah luka?
salah siapa luka?
apa mereka tahu dalam hati ini
sudah berapa kali aku cuba
jahit semula rapi rapi
bagi tidak berlubang lagi ?
apa mereka tahu dalam dada ini
sudah berapa kali aku tuang
sebaldi kesabaran untuk
terus tak peduli ?
mereka lantang berkata
" tenanglah . esok mungkin hari cerah "
apa mereka tahu
setiap hari aku buka mata
aku tatap langit lusuh
mengharap yang indah indah sahaja ?
mereka tipu
dekad berlalu
tapi mereka tipu
bohong supaya tidak lagi aku ingat
apa senang melupakan yang
bertatu dalam ingatan ?
mana pergi hargai ?
![](https://img.wattpad.com/cover/72437001-288-k485316.jpg)
YOU ARE READING
SCRIPTURIENT
Poetry[ scrip-tur-ee-ent] 1. n. One who has a passion for writing 2. adj. Having a consuming passion to write by : ungr8tful