quatre

17 1 0
                                    

aku si penangis yang dulunya

hanya mengharap orang sedar

tamatnya menjadi dia yang kebal

peluru tembus aku tidak pula melutut

jatuh batu menghempap

aku tidak juga jatuh terbaring

aku masih berdiri tegak

mengangkat satu tangan

aku kebal dengan semua

masakan tidak dengan kata kata ?

terlalu jemu

apa lagi selepas ini ?

berikan saja

tumpahkan saja semuanya pada aku

dunia tidak kejam tidak juga bersikap adil

aku bukan bintang yang dipuji kala malam menghitam

tapi aku manusia yang

sudah hilang rasa nya

kerana aku keliru

aku tidak juga dihargai .

SCRIPTURIENTWhere stories live. Discover now